Noah skrg dah pandai mandi sendiri. Roza ajar dia. Alhamdulillah. Ringan la sikit rasa bile dia dah pandai mandi sendiri kan. Cuma poo² je masih dekat pampers. Hahaha. Dia geli weh. Geram aku.
Pastu noah suka ajuk cara cakap aku sebijik. SEBIJIK ye apa yang aku cakap the way tu, dia copy and cakap. I mean aku pernah ckp cthnya haa pandai pon kan boleh tu. So dia pon akan guna taktik dan cara yang sama cakap benda tu. Eeee geram aku. Kdg rasa macam terkona je. Hahaha.
Pastu dia dah dok cakap² bulan 1 nie birthday dia. Dia nak kek coklat numberblock. Perghh dia dah mintak tema ye. Gila la. Anak aku dah besar ðŸ˜ðŸ˜ Cepatnya masa. Tuptup dah besar. So aku maybe plan nak bagi dia sambut dgn kawan² kat sekolah and weekend tu dengan family je. So kek semua dah kena tempah sesiap la. Taknak last mnt baru nk plan semua kan.
Ariana lak. Hmmm itu budak skrg suka taw buli abg noah. Dia selamber dia je tarik rambut tendang tolak abg dia kalau dia tak dapat ape yg dia nak. Aigoo ini anak boleh tahan ye. Kdg aku marah je dedua 🤣 Pening aku. Tapi skrg aku dah start marah ariana macam aku marah noah. Macam before this aku tk marah ariana sbb aku fikir dia still baby and tak faham. Now dia dah 3 tahun 2 bulan. So dia dah faham. Jadi aku marah dia macam aku marah noah kalau buat salah. Haa gituww. Terpinga gak la member kan sebab kena marah. Selalu abg je kena 😂😅
Ouh lupa, noah lak skrg suka ye mintak gi taman. Every weekend mesti nk kena kuar bawak dia gi jalan² taman. Nasib baik la dia mintak taman je. So still ok lagi la. Tempat healing dia. Hehe.
Aku lak. Hmm bulan nie penuh cabaran dan onak duri ye. Keta waja aku buat hal. Dia mintak toqq overhaul, tukar timing belt, mountain, hose aircond, minyak gearbox. Pishang weh. Banyak gak aku habis bulan nie dekat kereta sahaja. Memang breakdown gak la mental aku fikir pasal kereta. Plus ayah aku pon bulan nie start kena dialisis emergency. Tu yang lagi biul rasa kepala. Tapi alhamdulillah lepas aku cuba amalkan Selawat Tafrijiyah, aku rasa tenang sikit. Rasa lebih redha. Now kereta dah elok. Alhamdulillah diatas ujian ini Ya Allah 🤲
Roza lak, hujung tahun nie dia kaw² lenjan ot kat tempat kerja. Takpe la. Sementara ada pelung rebut jelah. Semoga suami saye maju jaya dan kaya ditempat kerja baru nie. Amin.. Hee.