Saturday, July 21, 2012

Jari bengkak

Kesian aku . Niat nak main netball . Mohon jangan gelak . Aku sedar aku pendek . Tapi tak salah kalau try . Ne tawu sesuai ke kan . Hee . Lagipon aku rasa kat Poli je aku berpeluang main semua sukan nie . Sebab kat sekolah dulu tak pernah berpeluang langsung nak main sukan sukan nie semua . Sebab semuanya da dikonker oleh budak budak hot dan cantik . Hahar . Saya sedar saya sape . Ayat tak leh blah .


Baru first day turun training jari da terseliuh kene bola . Bukan aku yang lembik , masalahnya tengok la orang yang membaling tu sape . Orang yang membaling tu budak sports . Budak sofbol . Balingan bola die memang orang kata bola membunuh la . Mau tak terseliuh jari aku yang tersalah tangkap bola nie . Hahar . Padan muka aku --' . Masa terseliuh tu , memang terus berhenti aku .


Aku stop buat balingan , sebab jari aku sakit sangat . Then partner aku tu pegang jari aku and urut . Lagi la aku jerit . Balek maghrib tu tengok jari da biru da . Lebam . Pastu nak buat pape susah , sebab sakit sangat . Hari esoknya , lagi la bengkak and biru jari aku . Petangnya tu mintak warden hantar g klinik sebab takut jari retak . Sebab memang biru and bengkak yg amat . Plus tak le nak gerak sangat .


Malam tu pegi klinik 1 Malaysia . Nak wat xray takde lak kat situ . Nak tak nak terpaksa refer ke Hospital Seremban . Alhamdulillah la sampai sana tak ramai orang . So semua urusan kat hospital + pergi + balek amik masa 2 jam je . Sekejap kan ? Biasanya kalau pergi hospital kerajaan nie lau tak tunggu berjam jam nak jumpa doktor memang tak sah . Memang Allah permudahkan urusan aku hari tu . Sekejap je da settle .


Lepas buat xray doktor cakap jari aku tak patah atau retak . Alhamdulillah . Cuma tisu dan salur darah aku yg bengkak sebab hentakan kuat . Dan doktor tak bagi aku urut sebab takut lagi teruk . Doktor kata biar dia elok sendiri . Cik Nurul ada tanya , lepas nie nak main netball lagi ke . Aku cakap haah . Then dia kata , tunggu la jari aku elok lagi seminggu baru main . Karang tak pasal pasal bertambah terseliuh . Hahar . Saja nyakat Cik Nurul narnya . Takkan la aku terus nak main . Tunggu la sembuh kan :D


Jari tengah tu lebam dan bengkak

No comments:

Post a Comment