Tuesday, August 14, 2012
Pabila berkumandang lagu raya
Sayu hati tatkala terdengar kan lagu-II raya yang berkumandang dicorong-II radio . Bukan apa , hati dipagut rasa rindu yang teramat pada orang tua di rumah dan teringat kan suasana beraya dikampung halaman . Hati lagi bertambah sayu pabila puasa kali ini masih belum pernah berkesempatan berbuka bersama keluarga tercinta . Ah , terlalu cepat masa berlalu . Tidak sampai seminggu saja raya sudah menjelma . Sedih . Sedih kerana terpaksa meninggalkan ramadhan . Dalam pada itu , fikiran mula mencongak-II soalan . Adakah aku berkesempatan menjumpai ramadhan yang akan datang ? Terasa seperti air mata mengalir . Sayu yang teramat . Kerana tidak manfaatkan ramadhan dan masa yang ada dengan baik . Ya Rabbi . Semoga aku masih bisa ketemu dengan ramadhan Mu yang akan datang . Amin .
Ramadhan.. Hadirmu dinanti, pergimu ditangisi.. :'(
ReplyDeletemasihkah ada ramadan :(
ReplyDeleteInsya ALLAH...
ReplyDelete