Tuesday, September 3, 2013

Andai mampu kuputarkan masa

Aku lihat kalender, sudah menjejak ke bulan September. Sungguh pantas masa berlalu. Diam tak diam kita sudah hampir tiba ke penghujung 2013. Bila aku fikirkan balik apa yang pernah berlaku dalam kamus hidup. Aku terasa seperti ingin kembali kesaat itu. Untuk memperbetulkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan. Tapi kuasa apa yang aku ada untuk berbuat itu. Tidak. Jawapannya tidak. Aku hanyalah manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan. Samaada kesilapan yang baru atau yang sama.

Aku pernah terfikir, jika masa ini mampu diputar dan kesilapan itu dapat diperbetulkan, apa yang akan kita belajar daripada kesilapan itu. Tidak bukan. Dengan kesilapan lah yang mengajar kita agar kita tidak ulangi kesilapan itu. Manusia tidak sempurna. Yang sempurna hanya lah Dia. Sungguh seringkali aku memikirkan perkara yang sama. Agar kesilapan aku dapat diperbetulkan. Tapi ianya telah berlalu bukan. Kini masa depan yang mampu perbetulkan kesilapan yang pernah aku lakukan dulu. Itu sahaja jalan yang ada.

No comments:

Post a Comment