Saturday, November 2, 2013

Goodbye Infinity Logistics & Transport


1 November 2013 maka tamatlah sudah praktikal aku di Infinity. Selama 4 bulan lebih aku disana, macamII pengalaman yang aku dapat. Yang paling utama dari segi kerja tu la kan. MacamII kerja yang dibuat. Alhamdulillah dapat buat dengan baik, walaupon tetap ada silapnya. AkakII kat sana pon baikII belaka. Masa nak balik tu tak tawu la tetiba je air mata nie tumpah. Sebenarnya minggu terakhir tu aku da rasa sayu da. Ylah minggu terakhir kan. Then hari selasa malam pergi dinner kat Black Canyon dengan semua officemate, malam tu jugak Kak Priya offer hantar balik rumah sebab esoknya dia cuti raya Deepavali.

Hm, rasa sayu je balik tu ylah aku rapat ngan Kak Priya jugak sebab dia Executive Operation & Documentation, so memang aku under Kak Priya guide. Hari last plak masa salamII ngan akakII nie terus mengalir air mata aku. Mulut nak bercakap, tapi sebak. Sudahnya air mata yang mengalir. Tapi aku boleh senyum gelakII lagi time tu. Hee. Semestinya aku akan rindukan suasana di Infinity. Aku akan rindukan riuhnya suara mereka. Gaya mereka. Gurau senda mereka. Insyaallah ianya tersemat dihati ^^ Semoga ketemu lagi :)


Goodbye Infinity, gonna miss you :)

Perhaps, it's for the last time.

Terasa macam special je duduk tengahII tu. Hee.

MakangII. Hee.

Dari kiri : Me, Kak Odah, Ms Gan, Kak Eileen, Kak Rus, Chung, Kak Priya dan Kak Wati :)




Last lunch with them :)



With Kak Rus. Akak yang paling rapat kat Infinity ^^

With kak Odah yang happy go lucky ^^

Kak Tasya ^^

Kak Intan ^^

Kak Wati

Ternangis plak. Hee :')

Gonna miss these people :')

No comments:

Post a Comment