Thursday, February 27, 2014

Hidayah-Nya

Manusia sememangnya dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna seluruhnya. Tetap ada kekurangan dan kelebihannya. Andai engkau pernah melakukan kesilapan itu perkara biasa, kerana manusia memang fitrahnya tidak sempurna dan sememangnya manusia itu seorang pendosa. Siapa kita yang cukup gah dan kuat untuk mengatakan diri kita penuh dengan pahala. Kerana itu, andai kau pernah terdetik dihati "sampai bila aku nak jadi begini?". Maka bersyukurlah, kerana engkau insan terpilih oleh Dia untuk diberikan Hidayah. Bukan apa, kerana tak semua insan bertuah untuk diberikan Hidayah tersebut. Tak percaya? Bacalah ayat suci Al-Quran Al-Karim ada diceritakan didalamnya. Hanya insan terpilih sahaja yang akan diberikan Hidayah tersebut, maka beruntunglah dia. Jadi jangan sesekali dipersiakan peluang yang sudah ada. Andai rasa diri tak kuat, takpe, mohon padaNya supaya dihantarkan insan yang boleh membantu, mendorong untuk kau kearah yang lebih baik. InsyaAllah doa yang baikII akan dimakbulkan. Andai engkau rasa engkau tidak 'layak' untuk menjadi baik atau melakukan sesuatu yang baik hanya kerana kisah silam dan perkaraII yang sering kau lakukan kau silap. Selagi engkau masih bernyawa, engkau masih ada peluang untuk bertaubat dan berubah untuk menjadi lebih baik serta masih berpeluang untuk menjadi ahli syurga. Buatlah kebaikan walau sedikit kerana ianya tetap akan dicatit dan diambil kira. Aku bercakap ini bukan untuk menunjuk baik atau untuk orang memandang yang aku ini baik. Kerana aku sedar aku juga sering melakukan kesilapan. Tetapi aku tetap gunakan ayatII ini untuk memotivasikan diri aku supaya jangan mengalah, jangan cepat berputus asa, dan jangan pernah pedulikan apa yang manusia ingin kata. Kerana yang ingin engkau raih itu Redha Allah. Bukan redha manusia. Jadi ikhlas ke tidak itu semua hanya Allah yang tahu. Pedulikan. Dan memang untuk menjadi seorang yang baik, jalan yang engkau perlu lalui memang penuh berliku. Dalam pada engkau ingin melalui jalan yang lurus, engkau tetap akan tersasar dari jalan yang sebenar. Sebab itu selalulah doa mohon padaNya moga engkau kuat untuk terus istiqamah agar engkau tak mudah terpesong dari jalanNya. Aku bercakap ini untuk peringatan aku dan peringatan semua. Ingat mengingati itu kan lebih bagus. SekurangIInya ada juga sedikit yang aku sampaikan dari tiada langsung :)

No comments:

Post a Comment