Sunday, October 11, 2015

Percutian ke Pulau Redang

Bagi siapa-siapa yang nak mai bercuti kat Pulau Redang nie aku suggestkan satu chalet nie. Murah pon murah, makanan pon not bad, and yang pasti chalet nie satu-satunya ownernya melayu dan kebanyakan yang menginap kat situ pon adalah melayu. Nama chalet tu Redang Lagoon Chalet. Serious murah sebab masa tu aku pergi duduk sebilik 3 orang and harga under pakej untuk satu kepala adalah RM320. Lagi ramai lagi murah. So agak-agak kalau nak pakej lagi murah, korang duduk la sebilik tu reramai, dapat la murah sikit. Aku pergi masa tu 2/10 - 4/10, memang best. Ktorg ambil flight dari KLIA ke Kuala Terengganu pukul 7.20 pagi. Sampai Airport Kuala Terengganu dalam pukul 8.20. Sampai-sampai airport terus pergi kaunter teksi and bayar RM30 untuk ke Jeti Shahbandar. Perjalanan dari airport Kuala Terengganu ke Jeti Shahbandar dalam 30 minit je. So memang dekat, sempat la gak nak kejar feri pukul 9 pagi. Sampai je Jeti, terus pergi kaunter Sejahtera Feri sebab tu Feri untuk ke Pulau Redang and kat situ ktorg akan dapat tiket feri yang mana da termasuk dalam pakej. Yang tak masuk dalam pakej adalah Marine Park, dan masa kat kaunter tu ktorg kena beli tiket ke Marine Park satu kepala RM5. Murah la gak marine park dia. Dah ambil tiket and beli tiket Marine Park, terus masuk Feri. Masa tu Feri gerak pukul 9.30 dan sampai Pulau Redang pukul 11 lebih. Perjalanan ambil masa dalam 1 jam lebih. Sampai-sampai je Pulau Redang ktorg akan ditransfer dari Feri ke Bot besar untuk ktorg pergi ke tepi pantai sebab kat sana takde jeti untuk Feri berlabuh. Sampai-sampai je tengok air memang cantik and jernih. Pasir pon cantik jer warna putih halus. Memang da rasa excited da time tu. Turun je dari bot then jalan pergi ke Redang Lagoon Chalet sebab kat situ deret-deret tu semua ada chalet and mostly bukan Islam la ownernya.

Sampai je terus beratur untuk check in then makan tengahari. Lepas makan tengahari lepak-lepak sementara tunggu untuk snorkeling untuk first trip. Dalam pakej nie ada 3 kali trip snorkeling. First day waktu petang pukul 2.30 then hari kedua pagi dan petang. Tapi life jacket dan gogle kena sewa sebab takde dalam pakej. Sewa tu dalam RM20 and pulangkan waktu check out. Waktu makan plak ada 4 kali, breakfast, lunch, tea time and dinner. Waktu makan semua awal-awal. So kat sana takyah bawak makanan tambahan pon takpe sebab memang akan sentiasa kenyang plus air masak sentiasa disediakan kat ruang makan. Check out untuk hari ketiga tu pukul 10 pagi sebab Feri sampai pukul 10.30 camtu. Tapi papepon ianya memang satu percutian yang sangat menyeronokkan lelagi dapat kawan baru ^^







No comments:

Post a Comment