Thursday, January 24, 2019

I'm gave birth (Pengalaman induce)

Hi, it's been awhile tak update blog. Berapa bulan dah weh. Lama gile. HAHA. Okay, ada yang tahu aku pregnant kan, masa trimester yang terakhir aku nya mood memang kembali macam first trimester. Dia nak melepet je. Dan cepat mengah, penat. Serious berat aku naik hampir 17kg! Kaki bengkak, hidung muka kembang, badan semua kembang. Lepastu nak masak memang tak larat dah masa tu. Masa bulan terakhir ktorg makan luar je lepas balik kerja sebab aku memang tak larat nak masak.

Okay due date aku patutnya 11/01/19, disebabkan aku ada kencing manis masa pregnant nie aku kena serah diri sehari before due date iaitu 10/01. Untuk bersalin nie aku pilih Hospital Klang (HTAR). Sebab ramai cakap nurse nya okay banyak tolong dan tak macam dulu. HAHA. Lagipon dekat dengan rumah, so aku pilih situ je. Masa wad in, aku kena masuk wad 1B, memang tak nafikan nurse² and doktor kat situ semua baik² and ramah. 

11/01/19 - Subuh tu aku kena induce yang pertama. Sebelum di induce aku ada minum air zamzam. Lepas je induce, memang aku dah start rasa contraction 5-10 minit sekali. Tapi sakit contraction yang sederhana org kata. Untuk induce, nurse akan check jantung baby (CTG) selama 20minit untuk makesure baby okay. Sebab ada org yang bila diinduce, jantung baby terus tak okay. So nak taknak terpaksa buat emergency czer. Lepas tu, nurse ada tanya aku ada minum air zamzam ke air selusuh ke. Aku cakap la ada. Then dorg bising. Dorg cakap patutnya air zamzam ke air selusuh tu minum waktu bukaan dah 7-8 cm. Bukan awal² minum sebab aku takde bukaan lagi. Sebab tu aku sakit sangat. Masalahnya mak and mak mertua aku cakap takde masalah pon kalau minum awal. Hm entah la. So untuk yang nak bersalin, jangan minum air zamzam atau selusuh tu awal². Minum waktu bukaan jalan dah 7-8 cm. Persoalannya ada ke kau terfikir untuk minum lagi kalau kau dah memang sakit contraction ya amat. Haha. Itu persoalannya.

Hari yang sama malam aku diinduce kali kedua, sebab bukaan jalan aku hanya 2cm je masa tu. Bayangkan 24 jam aku contraction. Masa check CTG tu aku boleh baca berapa bacaan contraction bila dia menyerang. Masa kat wad nie bacaan cecah 30+ la. So boleh kawal lagi sakit tu even memang sakit.

12/01/19 - Pagi tu check jalan dah 3cm. So doktor kata tak perlu masuk induce lagi, biar je buka jalan sendiri. Dan masa nie contraction slow je, macam setengah jam sekali. Dan aku tak diinform bila nak ditolak ke labour room ke ape, so aku relax jelah. Petang tu plan nya parents aku nak datang lawat and nak bawak makanan sekali sebab aku nak makan yang mak aku masak. Eh tuptup pkol 5.15pm nurse panggil nama aku suruh aku ready untuk ditolak ke LB. Nasib masa tu Roza and Ibu ada. Terkejut and terus nervous aku dibuatnya. Dengan tak makannya lagi. Tetibe cakap kena tolak ke LB. Masa tu aku terus call mak aku cakap nak masuk LB dah and mintak maaf ape semua. Mak aku sedih sebab aku tak sempat nak makan. Takpe la takde rezeki.
5.45pm aku diinduce drip, masa nie contraction menyerang setiap 3-5 minit. Allah, memang sakit. Sebab jalan dipaksa buka kan. Dalam LB tu, jam memang betul² depan aku. So aku tengok je jam and anggar bila aku akan bersalin.

Masa nie doktor ada offer untuk bagi ubat tahan sakit cucuk kat tulang belakang. Sebab dorg cakap aku nya contraction nie akan lama dan dorg nak tolong kurgkan sakit aku dengan cucuk tulang belakang. Aku fikirkan risiko, so aku taknak. Aku mintak ubat tahan sakit kat punggung je. Tapi serious ia tak membantu sangat okay, sebab sakit nya Allah je yang tahu. Dan ada nurse tu tanye kenapa taknak ambil ubat yang cucuk tulang belakang tu sebab itu dapat kurangkan banyak sakit aku skrg nie. Aku diam je sebab benda dah decided kan. Tiap kali contraction menyerang, aku tolak tarik besi katil, selimut tu semua dan aku sampai merengek sebab sakit ya amat. Mujur ada nurse yang tolong tenangkan and ajar aku istighfar selawat apa semua. Sebab masa tu aku memang dah tak boleh fikir ape. 

Dengan lemah, mamai, tengok jam dah lepas pkol 12am//13hrbulan. Allah, lamanya sakit nie. Dalam LB tu aku dengar ramai dah keluar masuk dah bersalin, ramai dah bersilih ganti. Tapi aku masih menahan contraction kat situ. Dan masa tengah sakit tu tetibe aku nampak Roza masuk. Ya Allah happynya aku bila nampak dia, sedih pon ye. Semua tawu Hospital Klang memang tak benarkan husband masuk LB untuk tengok wife bersalin. Tapi nie rezeki ktorg, nurse and doktor izinkan roza masuk untuk support aku masa tengah contraction tu. Sebab nurse and doktor semua busy layan patient lain nak bersalin. Bila dia masuk nie, baru dia nampak and tawu betapa sakitnya aku menahan contraction tu, sebab tiap kali contraction menyerang aku akan tolak tarik besi katil and selimut tu semua. Dan dia cakap bacaan kat CTG tu cecah sampai 100+. No wonder la sakit ya amat. Yang 30 tu pon aku dah menahan cam hape, inikan yang 100 tu. Sejam jugak roza duduk dalam LB ngan aku then nurse mintak keluar sebab nak check bukaan. Selama 10 jam aku menahan sakit tu, bukaan aku cuma 5cm je. Then end up doktor cakap terpaksa czer sebab jalan tak bukak. Pkol 4.30am aku ditolak ke operation room plak. Masa otw ke operation room, aku cakap ngan roza "yunk, terpaksa czer jugak. Kita nak jumpa Noah dah". Dia ia kan je and cakap dia tawu. Pandangan lembut dia tu buat aku rasa lega. Masa dalam operation room tengah diczer tu aku memang mamai² sebab penat dan mengantuk. Then sayup² dengar suara baby menangis and lama² aku terlelap.
Tetibe aku dikejutkan and nurse tunjuk baby kat aku. Allah, first time jumpa terus aku senyum and panggil Noah... Rasa macam jatuh cinta pandang pertama. Terus hilang semua rasa sakit tu. Siap operation semua pukul 6.30am.

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan baby boy yang diberi nama Noah Mikhael pada 13/01/19 @ 0544am. Dia lahir sehari sebelum anniversary mama ayah dia. Sememangnya ini pengalaman yang takkan dilupakan. Menahan contraction dalam wad selama 24jam, contraction dalam LB selama 10jam then end up terpaksa ke operation room demi melahirkan anak ini. Ini semua pengorbanan. Sebab itu suami dan anak², hargailah isterimu dan ibu mu. Sebab sakit melahirkan nie memang kau pon takkan sanggup untuk rasa. Sakitnya hanya Allah yang tahu.



1 comment:

  1. Ye, mommy. Sakit contraction memang sakit ya ammat. Org kata kalau period pain tu macam nak bersalin.. Tapi, sebenarnya period pain tu baru 1/10 dari sakit contraction yang sebenar. So, hargailah ibu-ibu dan isteri anda khas buat kaum adam dan anak-anak semua.

    Saya faham perasaan mommy sebab saya pun kena emergency czer selepas 8 jam masuk labour room. Jln baru buka 5cm, saya pulak dah low energy tak sedarkan diri sebaik suami keluar beberapa minit untuk pergi solat subuh.

    Allah Ya Baari.

    ReplyDelete