Tuesday, March 11, 2014

Puitis hati - Bersabarlah

Andai hari ini kau merasa sedih kerana melepaskan sesuatu.
Bersabarlah kerana apa yang kau lepaskan itu adalah keranaNya.
Percaya padaNya. Ini adalah ujian yang kau harus tempuhi demi mengejar cinta dariNya.
Andai kau tidak merasa kuat dan takut akan kehilangannya.
Jangan bersedih kerana Dia tidak akan mensia-siakan usaha engkau.
Walau berat dugaan yang kau hadapi, kau pasti akan mendapat ganjaranNya jika kau ikhlas menghadapi ujian ini.
Malah engkau tidak akan merasa rugi kerana Dia pasti akan menggantikan sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersabarlah. Allah sentiasa ada denganmu.

No comments:

Post a Comment