17052014. Tarikh dimana semua pelajar dari Batch1-Batch14 dikumpulkan di Sek Men Teknik Kuala Selangor (Kustech). Saat perjalanan dimulakan sehingga lalu dikawasan Ijok. Terbayang diruang mata semua kenangan dulu. Laluan di Ijok, Bustand Batang Berjuntai dan kawasan sekitarnya. Masa jadi outsider dulu itu la laluan yang sering dilalui dan bustand itu la yang akan jadi tempat lepak sementara menunggu bas untuk balik. Rindu. Ya aku rindu. Tersangat rindu. Terlalu banyak kenangan suka duka yang aku lalui dulu, disitu. Apabila masuk saja laluan untuk ke Sek Men Teknik Kuala Selangor itu Roza berkata "Dulu, kalau da sampai sini, inilah laluan yang paling dibenci sebab rasa macam da nak masuk ke penjara semula". Haha. Ada benar juga katanya. Bila da masuk saja laluan itu, terasa macam nak kembali masuk ke asrama dan mulakan rutin sebagai seorang pelajar. Tapi saat2 jadi pelajar itu la yang dirindu. Masuk sahaja kawasan sekolah, terasa tidak banyak yang berubah. Terasa banyak yang masih sama. Dan boleh kata teringat semua kenangan disitu. Ya Allah rindunya. Sampai saja didepan pintu dewan, bersalam dengan Teacher Dila, siapa tak kenal dia kan? Haha. Suara dia mampu didengar dari Block P sehingga ke Block R. Haha. Kemudian Cikgu Azura, ouh itu dia warden yang anti ngan ktorg dulu. Haha. Salam and peluk dia, dia kata aku macam nak 'lawan' badan ngan dia. Haha. Deep maksud dia tu. Masa dalam dewan aku duduk dengan geng2 Batch 11. Kecoh gak la ngan dorg nie. Tengah cikgu2 sibuk bagi ucapan, ktorg boleh bantai angkat monopod and amik gambar. Gile betul. Pastu nampak plak batch lain angkat monopod. Haha. Lepas makan, aku jumpa Ustaz Ahmad, orang yang paling aku rindu kat sek nie. Dan waktu aku bergambar dengan dia, dia cakap "Nie dia anak saya, dulu saya selalu rotan dia dalam bilik saya". Semua gelak je, then aku jawab, "Ustaz, ustaz tawu tak, Eika cakap saya ngan dia adik beradek sebab sama bapak (sambil jari tunjuk kat ustaz). Ustaz gelak je. Rindu gile. Dulu masa form 5 ustaz banyak tolong aku. Walaupon aku pernah khianat kepercayaan yang diberi, tapi ustaz tetap bantu aku. Rindu sangat masa tu. Lepas bergambar tu ktorg batch 11 amik gambar kat sebelah dewan, then lepak kat ruai borak2. Lepas zohor aku dengan budak dorm R32 (2010) jalan2 masuk aspuri. Ingatkan nak naik R32, sekali tengok tangga tu dikunci sebab block tu tak digunakan sebab pelajar tak ramai. Bila da tengok macam tu, ktorg pon jalan2 tengok2 apa yang ada. Nak kata banyak perubahan tu, tak jugak cuma bahagian iron baju da ada meja and kerusi, bilek tv plak ada pasang astro. Then pelajar form 4 boleh bawak laptop sebab dorg sekarang under Diploma. Kirenya pelajar form 5 tahun nie merupakan pelajar terakhir yang ambil course engineering. Rasa sedih plak bila lepas nie dah takde course engineering. Sbb dulu apa2 mesti cakap "budak nie budak mecky, elek or awam". Terasa sekejap je masa berlalu dan ktorg da nak tinggalkan sekolah itu untuk ke sekelian kalinya. Insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi. Mana tawu lepas nie datang dengan suami plak ke kan. Haa. Mane la tawu. Tapi bagi aku Sek Men Teknik Kuala Selangor ini memberi 1001 kenangan yang sentiasa tersemat didalam diari hidup. Mana mungkin aku lupakan semuanya. Disini aku belajar erti suatu kehidupan yang sebenar, terutama bagi seorang remaja seperti aku yang mula mahu mengenal dunia. Dapat pula kawan2 yang pelbagai ragam tapi sentiasa unite even kat sekolah tak pernah rapat, tapi still bertegur sapa dan boleh jadi rapat bila diluar. Aku tak pernah sangka yang aku akan dapat semua ini. Sebab biasanya bila da habes sekolah kita hanya akan rapat dengan kawan yang rapat ngan kita dulu sahaja. Tapi Kustech tidak, ktorg semua satu. Tidak ada beza sama ada rapat atau tidak, sentiasa bertegur sapa dan boleh menjadi rapat dan 'masuk air' bila berjumpa. Itu Kustech Batch 11. Dan aku tak pernah menyesal dimasukkan ke sini dan berkenalan dengan mereka semua sebab ia merupakan kenangan yang terindah didalam hidup aku. Thanks for everything guys. You guys really made my day.
Sebahagian Batch 11 yang hadir |
No comments:
Post a Comment