Sunday, November 16, 2014

Pengalaman buat Research


Student politeknik part 6 kebiasaannya akan berdepan dengan research. Aku bekas pelajar Politeknik Nilai dari Jabatan Perdagangan, Kursus Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan. Dan aku ade jugak buat research masa part 6. Tajuk group aku "Mengkaji sejauh mana pengurusan rangkaian bekalan dalam Industri Kecik dan Sederhana (IKS)". Secara jujurnya pelajar politeknik sangat bertuah kerana pada peringkat diploma lagi dorg dah didedahkan dengan subjek research, sedangkan peringkat universiti² kebanyakannya didedahkan tentang research nie pada peringkat degree. Jadi satu benefit pada student politeknik sebab dah belajar awal cara bagaimana untuk buat research. Cuma bezanya pada peringkat diploma nie student akan buat research dalam grouping manakala pada peringkat degree belajar akan buat secara individu atau grouping. It's depends on lecterur or course. Pengalaman aku masa buat research nie agak mencabar jugak. Group aku ada 3 org disebabkan pelajar kelas aku yang sedikit iaitu 12 org. Jadi ada 4 group dalam kelas aku. Kalau ikutkan research nie kena buat 4 org satu kumpulan sebab senang sikit and cepat sikit siap sbb masa yang diberi untuk buat research nie pon pendek je dalam 4 bulan. Then setelah banyak dugaan yang group aku tempuhi and kalau nak tawu aku dapat satu kump dengan org yang agak perfect kerjanya. Haha. Jadi boleh dikatakan research aku nie memang detail gile. Aku pon tak tawu camne dorg le dapat maklumat uw sume. Macam aku dapat benda yang simple² and ktorg suka bahagikan tugas dan bila da siap dorg akan bagi kat aku then aku edit untuk gabungkan semua. Aku memang suke and teliti sikit bab² edit nie. Hehe. Agak parah nak siapkan research nie. Masa nie responden ktorg kat Banting sebab Banting kan terkenal dengan IKS, jadi ktorg punye skop kajian nie area Banting. Dan ktorg kecilkan lagi skop nie, ktorg buat kajian kat Tanjung 12 Tengah, Kuala Langat tapi hanya fokus pada 5 IKS yang utama sahaja antaranya Ros Kerepek, Kak Asiah Bahulu, Kraftangan, Fazz Enterprise dan Ladyza Enterprise. Tak sure nama IKS tu betul ke tidak sebab lupa da. Haha. Dan alhamdulillah hasil research nie kump aku berjaya ke peringkat final dan menang sebagai pembentang terbaik untuk kursus Logistik . Memang puas hati. Selepas banyak dugaan yang kau lalui untuk buat benda nie semua. Dan kau tahan diri kau dari marah² sesame satu kump. Sebab bila da buat kerja dalam stress tu sume normal aw rasa cam nak marah, tapi kena tahan sebab kau nak buat kerja. Tp lepas siap research nie nak gaduh gaduh la. Haha. Dan aku bersyukur sebab dapat satu kump ngan dorg berdua, sebab dorg punye kerja memang superb , kalau nak harapkan aku mg idok lerr. Haha. Ape org kata 'saling lengkap melengkapi' haa gitu la die. Satu jelah benda bile buat research nie, memula memang rasa semangat nak buat nak menang, nak jadi yang terbaik. Tak salah pon nak rasa and nak achieve benda tu sume. Tapi bile kau da start buat research nie kau mesti akan cakap camnie 'lulus pon jadilah', serious. Bukan nak lemahkan semangat, cuma jangan terlalu yakin. Tu je. Buat sebaik mungkin nanti baru nampak hasilnya. Aku pon bukan power sangat buat research nie. Nie pon just cikai² je. Papepon good luck untuk semua pengkaji² yang baru. Semoga dapat menghasilkan kajian baru atau pon nafas baru pada kajian yang dah ada ;)

5 comments:

  1. aslamulaikum...lau bleh sy tya...ap objektif tajuk kajian awk?

    ReplyDelete
  2. aslamulaikum.....bleh sy thu tk...ap objektif kajian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, objektif kajian saya:-

      i. Untuk mengkaji sejauh mana strategik hubungan pembekal dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
      ii. Untuk mengkaji sejauh mana hubungan pelanggan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
      iii. Untuk mengkaji sejauh mana perkongsian maklumat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak. Kami dr poli nilai juga. Student dls. Akak, boleh tak kalau kami buat tajuk pengurusan rangkaian bekalan dlm pengedaran ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam dik. sorry late reply. akak tk sure utk tu, tp adik le refer kat lect sebab akak pon da lupa buat research nie :)

      Delete