Monday, November 3, 2014

Tamat diploma


Masa berlalu begitu pantas. Terasa baru semalam melangkah ke Politeknik Nilai dan kini aku telah pon melangkah keluar dari situ. Satu kepuasan dan rasa kesyukuran kerana impian aku tercapai. Terasa macam "eh betul ke aku da habes", "betul ke lepas nie da kena bawa haluan masing-masing", "betul ke lepas nie da kene kerja plak". Macam-macam yang terlintas. Dulu masa tengah belajar, terasa nak cepat habes sebab nak kerja nak carik duit. Tapi bile da habes, terasa macam susah plak nak tempuh dunia pekerjaan tu. Namun ia tetap berlaku dan aku kena terima kenyataan itu. Semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini. Dan yang pasti zaman belajar merupakan suatu saat yang paling menyeronokkan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment