Wednesday, April 8, 2015

Puitis hati - Tuhan masih sayang


Disaat kau mula jauh dari Tuhan.
Dia hantarkan 'sesuatu' untuk kau dekat denganNya.
Punya sayang Tuhan tu pada kau.
Sampai dia beri dugaan pada kau agar kau ingat kat Dia.
Agar kau sedar, tiada tempat lain yang kau boleh bergantung melainkan Dia.
Ini baru sedikit.
Belum Dia bagi dugaan yang lebih besar lagi.
Bersabarlah. Ini jalan yang harus kau tempuh untuk menjadikan kau manusia yang lebih matang.
Sekurang-kurangnya kau sedar, siapa yang kau boleh percaya.
Dan sesungguhnya kau patut bersyukur, kerana Tuhan itu masih mahu mendengar suara tangisan kau dari membiarkan kau begitu saja tanpa rasa bersalah.

No comments:

Post a Comment