Wednesday, June 24, 2015

Fraser Hills



Hello. Haa nak habak mai nie, last week 13 june 2015 aku ngan family pi singgah Fraser Hills. Tp sebelum singgah tu pi Temerloh dulu pi kenduri kawin. Then baru ayah cakap nak pi Fraser Hills. Tp masa awal pagi nak gerak ke Pahang tu ayah da pesan suh bawak sweater takut sejuk. Aku da agak da mesti nak g tempat² sejuk nie. Aku pikir Cameron Highland je time tu. Tak pikir lak pasal Fraser Hills. Sekali da balek dari Temerloh tu mmg betul ayah bawak pi Fraser Hills. Ya ampun nak naik ke atas sana kau tawu jalannya zig zag kau. Pening mabuk aku dibuatnya. Tp ikut aku masa naik tu okay lagi. Turun yg mabuk teruk tu. Haha.
Then tengah naik tu memang bukak tingkap jlah. Sebab da sejuk kan. Tp satu nasihat utk sesape yang nak pi Fraser Hills is isi minyak pepenuh. Sebab atas sana takde petrot pump ye. Kalau minyak habes kena pi carik kedai runcit then isi la minyak satu tong tu rm17. Haa. Sebab kalau da sampai atas sana pekannya kecik je. Org² atas tu pon kalau nak pi beli minyak dorg kena beli stok banyak² dari KL atau KKB tak silap. Okay masa sampai tu da kol 6ptg. Memula ayah cakap nk singgah je. Sekali ayah cakap tak larat la nak drive, sakit kepala. Then ape lagi carik homestay la bermalam kat sana. Carik punye carik jumpe satu tempat nie, namanya TM Resort. TM Resort nie open for public gak. Tapi mahai sikit la untuk public tu dari org staff dia or kenalan staff TM. Kalau utk public harga satu bilik rm295 tak silap. Kalau untuk staff TM atau kenalan staff TM satu bilik tu rm60 je. Mg murah.
Masa tu bila da tawu kalau ada kenalan kerja TM, ayah ape lagi, terus call kawan dia la and mintak detail pe sume. Then bile cakap ngan receiptionist tu, tetibe dia cakap sebenarnya kalau ikutkan staff TM tu kena ada sekali, tak le setakat detail je. Dah sudah. Then aku tanye la habes cemane nie. Dia pon diam je and terus bagi borang check in. Maknanya okay la tu. Hehe. Isi punye isi detailnya then bayar rm60+6% je. Haha. Ape lagi ada GST la. Kahkah :p Bilek yg aku dapat tu bilek hujung and sememangnya tempat² camnie takde aircond mahupon kipas. Agak² panas buka lah tingkap ye. Pemandangan dari bilek mmg cantik sebab beranda mengadap gunung. Memang sejuk and kehijauan gitu. Kalau ikutkan kt Fraser Hill bukan ada ape sangat pon. Just for relax only. Agak² kau stress nak tenangkan fikiran kau mai la sini. Sejuk pon sejuk, relax pon relax. Haa. Tapi nak pi sini sediakan duit bebanyak sikit la. Makanan dia boleh tahan mahai.
Ada sekali tu ktrg makan malam kat satu kedai nie, family aku amik udang sederhana besar tu 6 ketul. Bila dia kira dia habak harga udang tu satu ketui rm4. Hg gila ka pa satu ketui udang tu rm4?! Mahai taw. Hahaha :'D tapi nak wat camne. Makan jlah. Hahaha.

No comments:

Post a Comment