Hai guys. Last week I went to Taman Botani Shah Alam with my boy ;). Okay just nak cte random la eh ape ada kat sana. Tapi memang sesuai untuk pencinta² alam dan untuk beriadah bersama family and kawan².
Ktorg sampai sana masa tu dalam pukul 11. Masuk kawasan tu kena bayar parking RM3. Then nak masuk kawasan Taman Botani nie untuk dewasa kena bayar RM3, kanak² tak pasti sebab tak bawak budak kan. Hee. So untuk ktorg berdua dah RM6.
Ktorg masuk je terus pergi carik tempat sewa basikal. Sebab memang tujuan utama datang sana sebab nak jalan² dalam tu naik basikal. Kalau nak naik bas pon boleh, memang setiap masa ada bas kat sana. Naik pon free je. And lagi saving la, just bayar untuk masuk n makan. That's all. But we choose tu berbasikal. Haa. Kena la sewa basikal. Kat sana ramai org provide sewa basikal, nak 1 ride boleh, 2 ride pon ada and basikal untuk bawak anak pon ada. Haa. So memang okay la. Then aku pilih masa tu basikal 1 ride and sewa yang RM15 punye. Nak sewa RM10 ada, tapi nampak cam tak cantik n tak kukuh. Tapi yang RM15 tu nampak baru n lebih tahan lama la. Kalau ikutkan satu jam pertama tu adalah harga yang kau bayar untuk sewa tu RM15 tu dan jam berikutnya kena bayar RM1. Dan kau kena letak IC atau lesen kau masa sewa tu. Then org tu akan pulangkan balik masa kau pulangkan basikal. Tapi masa pulangkan tu dia tak mintak kte bayar tambahan pon, fix je RM15 tu. Mungkin just rules kawasan tu kot. So okay la. Saving da kat situ .
First ktorg jalan² ke puncak seni. Tinggi weh bukit nak naik tu. Bayangkan da lama tak exercise then kau naik basikal kat kawasan berbukit. Memang penat gile. Nak ngayuh masa naik bukit mmg tak la. Terpaksa tolak jlah basikal tu. Haha :D. Da sampai puncak seni, dok tengok, ape seninya? Hahaha. Nampak cam kawasan dah tak guna and terbiar camtu je.
Lepas ke kawasan puncak seni, ktorg ingat nak ke empangan kuning, tapi tempatnya kena turun bukit and pikir da penat, nanti nak naik lagi leceh so ktorg pon g ke kem taman rimba. Kat situ ada swimming pool and ramai org masa tu. Nak mandi situ rasanya kena bayar. Dalam RM3 je rasanya. So rasa² nak mandi swimming pool dengan suasana hutan memang situ la tempatnya. Memang tenang.
Lepas tu ktorg pergi ke taman haiwan. Kat situ ada kuda, rusa, burung kakak tua, kucing, kura², arnab, labi², just bmini zoo jlah. Kuda tu kau nak pegang pon boleh. Sebab tempat memang open.
Lepas singgah taman haiwan, ktorg terus jalan ke kampung idaman. Kat situ ada rumah² kampung yang unik² la. Tapi tak le masuk rumah, just tengok dari luar jelah. Then ktorg terus ke kawasan rumah 4 musim. Tapi waktu nie rumah 4 musim tu tutup lagi sebab tengah renovate agaknya. Rumah 4 musim nie bukan bulan 12/2015 nie. Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh search laman web Taman Botani nie.
Dan ktorg meneruskan perjalanan ke Taman Hiasan, Menara Pandang Jauh, Taman Orchid. Kalau ikutkan bendanya simple² je. Takde ape sangat pon. Tapi best la sebab rasa nyaman je masuk hutan dengar bunyi cengkerik and jalan² naik basikal. Memang best. Dan yang pasti ktorg takkan lalu jalan yang sama dari ktorg jalan tu. Memang kau pusing² situ akan bertembung jugak kawasan lain. Lau takut sesat kau snap la gambar peta dia siap² senang sikit. Then last sekali masa tu da dekat pukul 4 dan da nak hujan, ktorg punye rushing dari Taman Hiasan tu nak ke pintu keluar, ingatkan jauh. Rupenye dekat je. Then terus ke Sawah Padi. Last sekali singgah situ and memang cantik kawasannya untuk kau bergambar.
Kawasan tunggu bas dan pintu masuk taman botani
Haa nie dia puncak seni tu. Just macam kawasan tempat duduk bertingkat and bawah tu pentas.
Acah² berani je nie :D
Peta kawasan
Kampung Idaman
Kawasan taman rumah 4 musim
Menara pandang jauh
Sawah padi
No comments:
Post a Comment