Sunday, September 3, 2017

Rockbund Fishing Chalet


Hai guys. On 22 and 23 Feb 2017 haritu aku ngan family besar belah mak aku pergi bercuti ke Rockbund Fishing Chalet. Agak lambat untuk aku review sebab dah beberapa bulan kan. Tapi aku nak tulis gak 😂😂 Pada pendapat aku tempat nie sangat relax dan sesuai untuk kaki pancing saja. Kalau kau bukan kaki pancing, takyah la g sini. Membazir sebab bilik dia satu malam agak mahal almost rm200/night. Dan aktiviti lain takde. Tempat nie bukan boleh kau nak berenang ke ape sbb dia bukan pantai. Dia betul² tengah laut yang org dah bajak tempat tu bagi tinggi untuk buat chalet and tempat memancing. Dan kalau nak tawu tempat nie dekat je dengan Pangkor so dari duduk situ better g Pangkor boleh gak mandi pantai. Berbaloi sikit kan. Tapi disebabkan family ktorg nie kaki pancing so ktorg pergi jugak la. Dan ada la beberapa aktiviti macam family day tu, tu yang buat percutian nie jadi happening. Aku? Macam biasa akan jadi cameraman sepanjang kat sana. Hahaha. Serious aku minat take photo. Lelagi ade Huawei P8 dan P9. Lagi cantik la gambar. Nampak tak nak promote Huawei 😂😂.

22 Feb - Otw ke Lumut Perak. Sampai sana dah tengahari dan check in. Lepas ti yang laki² terus dengan aktiviti memancing. Ktorg yang gegirl kemas² barang untuk aktiviti sukaneka (anyam ketupat, isi air dalam botol, tiup belon paling besar) dan masak bbq 😉. Malam aktiviti santai bbq and bagi hadiah dari acara sukaneka.

23 Feb - Pagi² dah start kemas² untuk check out dan ktorg g breakfast kat situ. Tak ingat breakfast include atau ada caj tambahan. Then terus gerak ke jeti untuk ke Pangkor. Lepas jalan² kat Pangkor then petang tu gak ktorg balik ke Tanjung Karang 😂.

No comments:

Post a Comment