Sunday, August 23, 2020

Bercuti di Grand Lexis

Hai, post kali nie nak cakap pasal percutian aku kat Grand Lexis PD. Well semua tahu since PKPP nie memang semua orang tak lepaskan peluang untuk bercuti since PKP haritu. Yelah berapa bulan kita tak berjalan ke mane so bila dapat peluang nie siapa nak lepaskan kan. Dan masa nie la nak support balik industri pelancongan kan. Hee 😁

Okay, pada 16 - 18 August haritu ktorg bertiga pergi ke Grand Lexis nie. Kalau ikutkan nak check in sabtu, tapi sebab penuh terpaksa la check in ahad. Masa lepas diumumkan PKPP haritu, hotel Lexis nie memang ada offer voucher dengan harga yang lebih murah untuk semua orang. Harga bilik memang berganda murah ye berbanding harga asal. So aku memang terus beli la time tu.

Semua tahu hotel Lexis nie kalau tak harga bilik rm500 ke atas tak sah. So untuk tu aku pilih Grand Lexis bilik Deluxe Premium Suite, harga cuma rm280/malam. Murah kan. Lagi pool pulak memang private. Siapa taknak. Takyah pakai tudung terus masuk pool 😂 Anytime nak berendam pon boleh. Lexis nie ada 3 jenis hotel. Pertama Lexis Hisbiscuis, kedua Grand Lexis dan ketiga Lexis. Grand Lexis dan Lexis terletak bersebelahan je. Hisbiscuis yang jauh sikit.

Beza dorg nie Hisbiscuis hotel dia bentuk bunga raya, lebih besar, lebih banyak aktiviti, ada private beach, private pool berkaca (bagi aku open gak la orang still le nampak), sauna dan etc. Grand Lexis pulak kecil sikit tempatnya, tak banyak aktiviti, share beach dengan hotel sebelah, pool private siap dinding batu. Lexis pulak takde pool dalam bilik, tapi mungkin ada bath tub je. Sebab parents aku pernah gi. Haha.

Macam Hisbiscuis aku pernah g masa dinner company. Grand Lexis pulak dengan family. So pada pendapat aku Hisbiscuis lebih best, lebih banyak aktiviti dan besar tempatnya. Macam Grand Lexis pulak sebab pool dia lebih private je. Tu je yang menarik perhatian. Yang lain biasa je. Macam dari segi breakfast pon Hisbiscuis lebih best. Grand biasa sangat 😅 Cuma harga bilik Hisbiscuis mahal sikit la. Tapi mahal yang berbaloi pendapat aku 😁

First day check in ktorg terus order kfc dari foodpanda, memang senang and dekat. Malas nam keluar sebab first day kan. Then second day breakfast dekat hotel. Rm30/person. Macam noah free sebab below 2 years kan. Tapi breakfast dia biasa je tak banyak menu. Hari kedua tu plan nak bawak noah gi pantai petang nya. Tapi dia boleh tidur pulak sebab penat berendam dalam pool tengahari tu 😂

Dari segi makan kat kuar, ktorg ada try dinner dekat Mimi Seafood, dalam 30minit je dari hotel. For me biasa jelah makanannya. Macam kedai tomyam tu. Sebab bila tanya ada ikan bakar tak, diorg cakap tak buat time tu. Frust je. Dan jangan risau, kedai makan sangat banyak kat situ. Keluar je hotel dan nak menghala ke Teluk Kemang banyak gile kedai makan. Pilih la sendiri 😂

Esoknya check out pukul 11, so memang rushing la. Lagi anak pulak taknak bangun awal. Selalu dia bangun awal. Ini dah pukul 9 pon tak bangun. Terpaksa kejutkan sebab nak bagi dia mandi pool lagi before check out 😂 Sorry noah.

So far bila fikirkan balik ini merupakan percutian kami bertiga yang pertama. Dulu pernah g bercuti semua ngan family. Then selalu bulan 3 ktorg akan gi bercuti, tapi bila kes covid plus mco memang tak dan la nak kemane². So inilah dia first vacay for three of us 🥰 And seriously im so happy 🥰 The feeling tak tawu nak cakap cemane. Our teamwork semua main peranan. Noah pon sangat happy. Lelagi umur dia dah setahun 7 bulan dan waktu nie dia dah faham apa yang kita cakap dan buat. Dan dia sangat enjoy dengan aktivit yang ada related dengan dia. So happyyyy 🥰🥰 Lepas nie percutian berempat pulak. Insyaallah... ☺️

No comments:

Post a Comment