Act aku taknak pon berjalan lagi sebab aku nie kira menunggu hari je nie. Kebetulan hari aku gi Pangkor nie ngam² 38 week. Kau rasa? 🤣 Memang kerja gile. Tapi aku memang standby dah buku pink and satu set baju baby just in case kan. Kalau boleh taknak la terbersalin kat Pangkor. Nanti ic number lain pulak. Aku nak semua anak aku bersalin kat Selangor. Haha. Pure Selangor! 😂ðŸ¤
Okay, biasanya family aku kalau gi Pangkor ktorg akan menginap and lepak kat Teluk Nipah. Sebab semua tawu Teluk Nipah memang destinasi pilihan punya la sebab hotel banyak, kemudahan kedai makan, shopping and pilihan untuk aktiviti pon banyak. Tapi kali nie punya vacay, ktorg menginap di Pantai Pasir Bogak. Kali nie ktorg menginap di Coral Bay Resort. Overall vacation kalinie memang sangat memuaskan and seronok! Tak rugi la stay kat Pantai Pasir Bogak nie.
16 Sep - Bertolak dari rumah dalam pukul 8 lebih dan sampai je Jeti Marina dalam pukul 2+. Kalau ikutkan perjalanan ktorg dalam 3 jam 15 minit je. Tapi sebab ikut jalan kampung kan dan memang itu je jalan nak ke Pangkor, so redha jelah lambat and tak boleh laju. Kalau nak tawu untuk ke Pangkor ada dua jeti, iaitu Marina dan Lumut. Perjalanan dari Marina ke Pangkor dalam 10 minit je. Manakala dari Lumut ke Pangkor dalam 30 minit.
Disebabkan aku nie pregnant sarat dah, dengan bawak anak kecik, so aku memang nak perjalanan feri yang cepat. Sebab tu ktorg pilih Marina. Lagipon harga sama je rm14/return dewasa, rm5/return kanak². Macam noah bawah 2 tahun free je. Parking kat Marina pulak rm18/sehari. So okay la. Jadual feri pon ada setiap satu jam. Last feri ke Pangkor pukul 5pm tak silap dan dari Pangkor ke Marina pukul 6.30pm.
Sampai je jeti Pangkor memang ada banyak gile org menunggu mencarik customer untuk kereta dan motor sewa. Untuk yang first time ke Pangkor jangan panik! Sebab motor dan kereta sewa banyak gile dan teksi van pink tu pon banyak gile. Macam ktorg, ktorg naik teksi pink tu je. Sebab fokus ktorg to stay kat hotel je dari berjalan. So dari jeti ke Coral Bay Resort rm15 even perjalanan tersangat la kejap sebab jarak dia pon 2km je. Rupanya kalau 1-4 pax rm10 dan 5 ke atas rm15. Macam ktorg ada 6 org, tu yang jadi rm15 tu. Pastu ktorg ambil nombor fon uncle teksi tu sesiap just in case takde teksi time ktorg nak jalan nanti.
Sampai hotel 3.45pm terus check in then rest² kejap. Pukul 5 terus gi swimming pool! Haha. Okay pada pendapat aku kalau korg nie jenis modern sangat jangan la stay kat hotel nie. Sebab hotel nie sangat la old school! Lantai masih guna karpet, kunci bilik masih guna kunci bukan access kad, aircond suis kat meja, memang nampak cam old school gile. Tapi so far ktorg puas hati duduk sini sebab dekat hotel nie dah ada kedai free duty, kedai runcit, kedai² makan, restaurent hotel nie pon ada dan makanan pon sangat la affordable. Pantai pulak jalan la sikit dalam 100-200 meter. Dekat je pon. Pool pon besar, siap ada khas untuk dewasa dan kanak² dan ada slide kecik lagi. Tapi memang puas hati la!
Lepas swimming ktorg plan nak makan ikan bakar dekat sebelah hotel nie. Tapi masa tanya org yang buat ikan bakar tak kerja pulak. So terpaksa la pergi ke Teluk Nipah untuk makan ikan bakar. So ktorg pon naik teksi pink rm15 dan dinner ikan bakar kat restaurent paling hujung sekali. View memang cantik sebab dorg bukak meja makan kat pantai tapi rasa makanan tak seberapa, just so so je rasa dia.
Lepas dinner aku ada beli jagung bakar dekat Teluk Nipah tu jugak. Sumpah korg patut try sebab sedap gile okay. Aku rasa butter dia tu macam homemade sebab aku tengok butter tu dah macam bercampur dengan bahan lain. Dan rasa dia memang sedap. Tak puas lak makan beli satu je 😂 Lepas tu ktorg dok jalan kaki sampai la ke awal kedai sana konon nak carik teksi. Tapi mostly teksi yang kosong rupanya semua dah berbooking. So ktorg pon call la uncle tadi mintak ambil ktorg. Upah rm15 jugak. So haritu je naik teksi total baru rm45. Kalau sewa kereta mau dekat rm100 ke atas dah lelagi mpv sebab 6 org kan.
Sampai hotel ktorg terus masuk kedai duty free tu shopping coklat! Haha. Rugi la dah datang tak shopping coklat kan since coklat murah gile. Even nak dapatkan free duty nie kena stay 3h2m tapi ktorg redah je sebab bukannya beli untuk jual pon, just makan sendiri je. So beli jelah kan. Kalau kastam nak denda pon bayar jelah. Okay, kalau nak tawu memalam kat depan hotel nie ada busking. Memang kuat gile ye busking nya. So untuk mereka yang suka kan senyap jangan stay kat hotel nie. Sebab dorg akan busking sampai pukul 12am tak silap. Macam aku okay je. Sebab bila dah tutup sliding door tu takde la kuat mane lagu nya. Bile duduk balkoni je memang kuat gile lagu.
17 Sep - Hari kedua aku and husb kena check out dah. Sebab esoknya kerja. Huwaa tak puas bercuti tapi apakan daya 😢. So pagi tu bangun gi breakfast kat hotel sebab bilik nie include breakfast sekali. Makanan dia sesedap okay dan boleh la pilihan banyak. Restauren dia dekat dengan pool. Lepas je makan ktorg terus jalan ke pantai. Ini yang paling best, sebab noah happy gile ye dapat main pasir kat pantai. Memang leka gile dia main pasir tu. Dan kalau nak tawu pantai sini lebih tenang, redup sebab ada pokok besar, tak ramai org dan dimonopoli oleh india. Bab ramai tu maybe sebab ktorg gi time hari bekerja so memang tak ramai org. Seronok je weh. Dan pantai dia ada pokok besar so kalau nak lepak sampai tengahari pon takpe sebab memang redup.
Kalau bab aktiviti tak banyak pilihan dari peniaga. Masa tu ktorg nampak ada 2 je. So roza and adik² aku main jetski. Rm100 untuk 20 minit. Adik aku cakap murah sebab Langkawi lagi mahal katanya. Roza first time main jetski tapi nampak cam power ye, siap bawak laju lagi. Aku yang cuak tengok. Dan dia ada offer aku untuk naik, so aku pon naik la kejap 🤣🤠Tapi mintak roza bawak slow je sebab takut terhentak². Dan aku punya penakut tu tak tawu la aku peluk roza kuat gile dan aku asik bebel je sampai roza cakap dia tak tawu nak cakap aku penakut tahap apa dahhh. Hahaha.
Lepas mandi pantai terus balik hotel then pukul 12 check out. Kat pantai tu takde public toilet taw. So jalan jelah dengan basah tu ke hotel. Tapi depan hotel ada tempat basuh kaki, so kena basuh dulu before masuk hotel. Lepas check out ktorg lunch dekat sebelah hotel jugak, nama kedai Coconut Paradise. Kedai makan dia cantik jugak. Makanan sedap, portion besar dan harga pon affordable. Sumpah lagi sedap ye dari makan kat kedai ikan bakar malam tadi tu. Haih.
Okay, kalau korg nak shopping ikan bilis mata biru tu boleh shopping kat jeti Pangkor. Dekat situ ada satu lorong kedai namanya syurga ikan bilis mata biru tak silap namanya. Harga pon murah gak. So masa balik tu ktorg beli kat situ je ikan bilis nya. Macam kat Teluk Nipah mahal gak la, situ lagi murah. Then dah beli terus je gi kat jeti sebab bersebelahan je. So jalan kaki je. Masa balik even korg dah ada return tiket, korg still kena gi kaunter untuk dapatkan cop. Then baru le masuk untuk pergi ke kastam examination pulak. Dan seterusnya tunggu la feri. Masa kastam check tu dorg tanya la ade ke beli rokok ke coklat ke ape semua. Then roza tunjuk la ada beli coklat je tapi sikit untuk makan sendiri. Then kastam lepaskan. Huhu rezeki. Kalau tak kena bayar la kot tax 😅
So far percutian kali nie pon sangat menyeronokkan. Overall puas hati. Anak pon happy 🥰 So boleh repeat lagi dekat hotel yang sama. Untuk ktorg stay 2h1m rm178.20 sahaja dan free breakfast for 2pax.
No comments:
Post a Comment