Sunday, October 24, 2021

MIMPI YANG SAMA

Actually aku selalu mimpi satu benda nie. Selalu. Kerap sangat. Boleh kata tiap bulan benda sama. Mimpi apa? Mimpi aku sedang menduduki peperiksaan. Peperiksaan universiti. Tapi masalah yang aku hadap adalah aku selalu tak dapat nak jawab atau masa tengah jawab tu aku macam menyesal gile sebab tak study bebetul dan prepare bebetul sebelum aku exam. Pernah gak aku akan mimpi yang aku nak exam SPM lagi 2 hari atau 1 hari tapi satu apa pon aku tak study lagi. Masa tu punya cuak hanya tuhan yang tawu. 

Bila aku bangun tidur confirm la aku cakap ouh aku taknak dah sambung study so buat apa nak risau. Tapi apa sebenarnya disebalik mimpi tu. Memula aku tak layankan pon. Tapi lelame bile selalu sangat mimpi aku rasa tu mungkin mimpi petunjuk. Petunjuk supaya aku lebih bersedia before 'mati'. Sebab nanti akan ada 'exam' kat kubur dan selepas tu. Dah bersedia ke aku prepare semua untuk soal jawab kat sana? Cukup ke persediaan aku untuk sebelum sampai ke sana? 

Bila jadi camnie aku jadi takut. Aku takut mati sebenarnya. Semua org mungkin takut mati. Sebab kita tak le buat pape dah. Masa hidup nie je penentu kita kat sana 😔 Aku harap cukup la amalan aku untuk dibawak ke sana nanti. Allah.

No comments:

Post a Comment