Monday, July 2, 2012

Hati


Hati merupakan peranan penting dalam hidup kita . Kerana apa apa yang kita lakukan semua nya melibatkan hati . Hati yang suci , hati yang ikhlas , hati yang tidak berapa ikhlas , dan tak kurang juga hati yang penuh dengan hasad dengki . Semuanya melibatkan hati . Dan dari hati juga , mampu merubah perwatakan seseorang itu . Jika seseorang itu mempunyai hati yang ikhlas , perwatakan dan tingkah laku seseorang itu juga akan nampak tulus dan ikhlas . Jika hati seseorang itu penuh dengan hasad dengki , maka perbuatan nya juga nampak penuh dengan kebencian . Tidak kurang juga dengan satu perasaan yang pasti akan dirasai oleh semua orang . Iaitu cinta . Cinta juga melibatkan hati . Dan dengan cinta juga mampu merubah perwatakan seseorang dari baik kepada buruk dan dari buruk kepada baik . Itulah hebatnya cinta didalam hati . Cinta ada pelbagai jenis . Namun , cinta yang kekal dan hakiki adalah cinta kepada Allah . Jika kita ada teman istimewa bagaimana sekalipon , jangan pernah kita melebihi rasa sayang kepada pasangan itu melebihi cinta kepada Allah . Kerana Nya , kita bertemu , dan kerana Nya juga kita berpisah . Jika kita ingin melakukan sesuatu juga jangan terlalu mengikut kata hati , kerana adakalanya hati banyak memainkan kita. Tapi bertindak mengikut akal, kerana dari situ kita boleh berfikir adakah keputusan kita betul atau tidak. Renung renung kan lah .

No comments:

Post a Comment