Monday, July 9, 2012

Mengawal mimpi

Korang pernah mimpi tak ? Mesti pernah kan . Semua orang pernah mengalami mimpi . Cuma bagaimana and apa mimpinya cuma kita jlah yang tawu and alami . Macam aku , aku lebih suka tidow ada mimpi . Sebab bagi aku , kalau aku tak mimpi nanti aku rasa macam tidow aku kejap je . Bila tidow takde mimpi mula lah rasa tidow tu sekejap nye la hai . Rasa macam nak tidow balek , biar ada mimpi . Pernah tak dalam mimpi tu korang berdialog dan tetibe dalam sedar , kau berdialog jugak masa kau tengah tidow tu . Mesti tak paham kan ? Maksud nya , contoh la , dalam mimpi nie kita bercakap cakap . Dan dalam masa yang sama , kita bercakap jugak masa nga tdow tu . Haa . Bahaya gak tu kan . Orang kata apa , mengigau ? Haa . Mengigau . Kadang kadang ngan mengigau nie je le jadi bahan gelak ngan kawan kawan . Ylah , da dorg dengar apa yg kita cakap , pastu cerita plak kat kita , mau tak kene gelak . Tapi buat masa nie aku tak pernah lagi la mengigau yg bukan bukan kat poli sana . Cuma pernah sekali , kawan aku cakap , aku mengigau panggil nama Roza . Haish . Tu memang tahap kritikal punya rindu tu kan .


Pernah tawu tak yg kita sebenar nya boleh kawal mimpi ? Tak pernah ? Pernah ? Okay , yang da tawu tu , mungkin sama dengan apa yg aku nak cakap nie . Yang tak tawu plak . Aku nak bagi tawu . Sebab aku pon baru tawu . Hee . Ayah aku cakap , kita sebenar nya boleh kawal roh dalam mimpi kita tu . Sebab apa yang terjadi dalam mimpi adalah roh . Dan roh itu ialah kita sendiri . Dan kita sendiri boleh kawal mimpi tu sepertimana yang kita mahu . Contoh la , seperti yang aku pernah alami baru baru nie . Selalunya sebelum tidow aku mesti bace Ayat Kursi dan 3 Qul . Mungkin ada satu malam tu aku terlalu penat . Jadi aku baca separuh je Ayat Kursi tu dan terus tidow . Dalam mimpi tu , ada syaitan yang nak masok dalam badan aku and nak rasuk aku , mungkin sebab aku tak baca Ayat Kursi tu sebelum tidow . Jadi , dalam tengah bergelut tu , aku baca Ayat Kursi tu kuat kuat dan terus syaitan tu tak boleh masok dalam badan aku dan hilang . Nampak tak kelogikan nya kat situ . Macam mane mahu mengawal roh dan mimpi . Wallahua'lam . Hanya kita yang tahu .

No comments:

Post a Comment