Saturday, July 21, 2012

Seminggu yang sibuk

Lama tak buat entry baru . Baru seminggu rasanya . Tp rasa macam lama sangat . Diam tak diam da seminggu aku kat Poli . Da seminggu aku menjalani kehidupan aku kat Poli dengan suasana baru yg penuh dengan student , dengan subjek baru yg perlu dipelajari , dengan lectures baru yg tak pernah ajar sebelum dan segala galanya baru . Nasib budak kelas masih yang lama . Hahar .


Budak sem 1 kali nie lebih ramai dari intake sebelum belum nie . 300 org . Fuhh . Serabut gak la kepala ngan mata bila keluar dari kelas pergi cafe , penuh dengan org . Kalau sem 1 dulu , cafe tak ramai org pon . Tempat duduk pon byk kosong . Tp skrg nie , penuh cafe nie , serabut . Macam yg Hanis selalu sebut "serabut serabut serabut" . Hahar . Aku daftar asrama hari Khamis lepas . Dapat duduk blok baru , Asrama Cengal .


Cengal eh bukan Sengal . Hahar . Dan dapat satu bilek dengan Put Put , Cik Candy dan Sherah Lee . Hahar . Nama pelik2 je . Nama famous , biase la . Hari Khamis lepas daftar terus keluar berjalan beli barang . Kemas kemas barang letak dalam locker . Jumaat baru kemas bilek and basuh bilek . Haa . Basuh taw , ktorg dok floor 1 . So ktorg amik paip getah pastu basuh lantai bilek tu . Hahar . Senang , tak yah mop byk kali .


Minggu yang pertama nie aku agak tension gak la . Bukan sebab jadual kelas yg padat . Ouh lupe nak cakap , jadual kelas aku best . Kalau boleh taknak tukar da . Kalau tukar pon nak ada kelas hari Isnin sampai Khamis je . Hee . Subjek sem nie ada 7 . 4 paper final . Fuhh , semua teori . Tension nya aku . Aku memang lemah teori teori nie . Nak hafalnya kemain frust menonggeng lagi .


Tapi nak wat macam mane . Redha jelah . Ouh sambung balek knp aku tension . Aku tension sebab dalam bilik aku takde meja study . Pergh ! Memang bende tu paling sentap . Blok baru nie takde meja study . Sedih siot . Da la aku byk habeskan masa aku 90% kat meja study . Balek je kelas , ada masa free sikit , duk bukak buku , study . Online kat meja study . Tgk movie kat meja study . Makan kat meja study . Senang cite semua nya la .


Cuma tdow je kat katil . Tp kadang kadang kalau mengantuk sangat aku akan tertidur jugak kat meja study . Hee . Dan yg buat aku bertambah tension , kat bilik aku line Digi internet slow gile . Tak loading langsung . Lagi la aku menyirap . Kalau takde meja study okay lagi . Nie takde line internet , macam mana ? Nak tak nak kene menumpang g bilik kawan nak online atau cari maklumat . Hem , kesian kesian .


Plus plus tension aku bila minggu nie aku rasa masa berlalu terlalu pantas sampaikan nota pon tak buat lagi . Macam mana nie . Presentation hari Selasa ada 2 . Kuiz ada 1 . Pastu nota tak buat buat . Memang rasa macam membazir masa macam tu je . Sedih ouh . Kadang kadang tu rasa macam nak pindah bilik je . Nak g blok Meranti plak , sbb nak dapatkan kemudahan kemudahan tu semua .


Hem takpe la . Aku akan cuba la hadapi bende ni dan sentiasa berfikiran positif . Kalau asyik tension je lagi teruk . Nanti satu hape kerja pon tak jadi kan . Lagi parah . Ouh , aku rasa skrg nie nak amalkan satu doa nie . Doa menguatkan ingatan . Supaya apa yg aku belajar dan hafal tak terlupa dan hilang macam tu je .

No comments:

Post a Comment