Sunday, July 29, 2012
Usah gentar
Usah gentar jika ditindas bila engkau sendiri tidak melakukan kesalahan . Usah takut pabila kau dibenci hanya kerana salah faham yang tidak berasas . Sebaliknya pohon la pada Tuhan mu , dan minta pada Nya , agar kau diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi semuanya . Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan . Mungkin pada luarannya mereka nampak seperti teman sejati . Tapi hakikatnya , mereka hanya berpura pura . Jika benar engkau teman sejati , kau takkan pernah tinggalkan nya bersendirian saban hari saban minggu . Kau takkan pernah merungut dengan ketiadaan masanya untuk mu . Engkau tidak akan pandang serong dengan sikap positifnya yang bercanggah dengan mu . Sebaliknya engkau akan membantu dan malu dengan kekurangan dirimu .
No comments:
Post a Comment