Saturday, November 3, 2012

Tidak sampai seminggu

Tidak sampai seminggu aku kehilangan orang yang paling rapat dalam family aku iaitu Pacik Nas . Lagi sekali Allah uji aku dengan kehilangan seorang lagi Pakcik iaitu Abah . Pacik Nas ialah pacik belah mak aku . Abah plak , pacik belah ayah aku . Ya Allah . Dugaan apa yang Kau beri . Kau telah ambil 2 orang yang aku sayang dalam masa tak sampai seminggu :'( Selasa 30 Oktober 2012 . Subuh tu aku dapat panggilan dari Mama . Masa tu da rasa tak sedap hati . Kalau subuhII macam tu Mama call , mesti  ada something yang berlaku .

Mama tanya tak baca mesej yang Mama hantar tu ke . Aku pon terus tengok inbox . Baca je mesej tu , aku sebut "Innalillah". Ya Allah , pakcik aku lagi sorang meninggal . Terkejut aku . Takde pon dengar dia sakit ke ape ke . Tetibe dah meninggal . Aku tanya bila Abah meninggal . Mama cakap dalam pukol 3 pagi . Kebetulan , pukol 3 pagi tu aku baru nak tidur dan waktu tu aku menangis . Menangis kerinduan pada arwah Pacik Nas aku . Patut la malam tu rasa sayu je . Rupanya aku akan bersedih lagi . Aku tanya Mama , Abah meninggal sebab apa .

Mama pon tak pasti , sebab Mama kata Abah kene operation sebab Apendiks . Tapi tak pasti la meninggal sebab apa . Aku diam . Aku just mintak Mama sampaikan salam dan mesej kalau ada apaII . Aku tak boleh nak balik . Sebab haritu aku ada presentation replika untuk projek dan Test . Pagi g kelas . Aku tak cakap ngan sesape budak kelas aku pon pasal Abah , kecuali Hanis . Aku mesej dia . Sebab aku sedih . Tapi luar aku gelak . Hanis cakap dia faham . Dia pon dah merasai . Dia bergelak ketawa , sibukkan diri sebab dia taknak sedih .

Lepas habis kelas , aku call Mama . Mama cakap Kak In (Anak tunggal Abah) peluk Abah taknak lepas . Time tu aku dah sebak dah . Then aku cakap , aku rindu kat Pacik Nas . Mama terus nangis . Mama pon rindu arwah . Mama kata Kak Ngah (Adik aku) pon nangis sebab rindukan arwah Pacik Nas . Mama pesan , jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah . Aku diam je . Sebab aku tengah nangis . Memang tak nafikan time tu aku rindu sangat kat arwah . Tak tawu la kenapa asik teringatII kat arwah . Rasa macam dia masih ada dengan kami .

Maksu selalu update status kat fb . Dia cakap family semua rindu kat arwah . Terasa macam arwah masih ada . Rindu gelak ketawa dia . MacamII . Sampaikan Maksu text aku , dia cakap Nenek rindu kat Pacik Nas . Nenek asyik nangis je . Bagi aku , orang yang paling sedih atas kehilangan arwah adalah Nenek . Sebab Nenek yang jaga arwah dari kecik sampai la dia meninggal pada usia dia 24 tahun . Seminggu sebelum arwah meninggal . TiapII pagi mesti arwah akan call Nenek dan cakap dia rindukan Nenek .

Saat tu , air mata Nenek pasti mengalir . Rasa sayu dan sebak . Setiap kali Nenek nak melawat Pacik Nas , mesti Nenek akan tanya , apa yg Pacik Nas nak makan . Dan masa tu , apa yang Pacik Nas mintak mesti Nenek akan masakkan . Pacik Nas plak , kalau dia tawu Nenek nak datang melawat , dia sanggup tak makan dari pagi semataII nak makan masakan Nenek . Walaupon dia tawu yang Nenek akan datang waktu petang . Aku yakin , mesti Nenek sedih sangat . Sesungguhnya , pemergian arwah merupakan suatu kehilangan yang sangat besar dalam keluarga kami .

Aku plak , sehingga ke saat ini , aku masih sukar untuk melupakan arwah . Teringat gelak ketawa dia . Teringat cara , gaya , segalaIInya tentang dia . Aku cuba untuk tidak pernah lepas sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah . Bagi aku , itu sebagai tanda sayang aku pada arwah . TerngiangII lagi pesanan terakhir arwah "Belajar rajinII Long". Rasa sedih sangat . Pernah ada satu hari lepas solat tu , aku teringat kat arwah . Mengalir air mata . Sebab terlalu rindu . Aku bukan meratap . Aku tak mahu arwah terseksa . Cukup lah air mata ini sebagai tanda rindu dan setakat untuk melepaskan rindu .

"Semoga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan bersamaII orang yang beriman . Amin"


No comments:

Post a Comment