Sunday, October 28, 2012

Al-Fatihah buat mu

"Rabb , Kau berilah aku kesempatan agar aku dapat bertemu dengannya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir Rabb". Itu lah doa aku saban hari selepas aku solat . Tak pernah putus . Bukan aku mengharapkan dia pergi . Tapi tandaII sudah menunjukkan dia sudah tidak ada harapan lagi . Walaupon seringkali juga aku mendoakan agar dia diberi kekuatan dan semangat untuk terus lawan sakitnya . Namun apakan daya , Allah lebih mengerti segalaII nya . Dia sudah aturkan semuanya .

Petang jumaat bersamaan 26 October 2012 kami dapat panggilan telefon dari HUKM yang mengatakan Pacik Nas koma . Ya Allah . Terkejut aku yang tengah tidur . BangunII je nampak Mama ngan Maksu menangis . Aku hanya mampu memandang . Hati hanya mampu mendoakan . Masa tu aku macam orang dungu . TertanyaII , apa itu koma ? Macam mana Pacik Nas le sampai koma ? Lama aku termenung . Baru aku sedar , itu petanda tahap kesihatan dia makin teruk . Pelan diatur , akhirnya aku , Maksu , Mama , Nenek , Atuk , Nek Endek , Tok Jamil , Abg Aji ngan Toksu yang pergi HUKM untuk melawat dia . Pada mulanya dorg tak bagi aku ikut .

Tapi aku merayu sebab aku tak pernah lagi melawat dia since dia sakit kuat . Dan dorg benarkan , aku pon ikut . Sesampai je di HUKM dalam pukol 8 , ktorg terus pergi ke wad ICU . Lepas Toksu masok , aku plak yang pergi tengok dengan Maksu . Saat aku masuk je bilik tu , air mata terus mengalir . Terpaku aku tengok satu jasad terbaring tak menyedarkan diri . Aku pegang tangan dia . Panas . Mungkin dia demam . Sebab since dia sakit , dia kerap kali mengalami demam panas . Selimut dia pon basah , doctor kata sebab badan dia terlalu panas . Jadi dorg terpaksa basahkan selimut dan letak tuala kat kepala .

Silih berganti ahli keluarga masok tengok keadaan dia . Mama yang paling banyak menangis . Dalam pukol 9 aku pergi surau solat isyak . Masa tu dengan ikhlas hati aku lepaskan dia pergi andai itu baik untuk dia . Tak sanggup lagi tengok dia menanggung derita . Wayar berselirat dibadan . Sungguh aku tak sanggup . Lepas solat , aku berniat nak baca kan Yasin kat sebelah dia . Nak dia dengar . Tapi Nenek tak bagi masuk , sebab takut doktor marah . Aku pon duduk kat luar ICU tunggu apaII maklumat dari doktor . Tak lama lepas tu nurse panggil semua ahli keluarga masuk .

Aku orang pertama yang terus meluru masuk . Masa tu dah tak fikir apa . Aku cuma nak tengok dia je . Then doktor suruh sesiapa ajar Pacik Nas mengucap . Aku terus pergi kat sebelah dia untuk mengucap kat telinga dia . Tapi Nek Endek terus kedepan aku dan mengucap kat telinga dia . Masa tu badan aku dah menggigil , aku pegang lengan Pacik Nas . Then doktor suruh keluar sebab nak tengok keadaan Pacik Nas . Masa tu Nenek hulur Yasin kat aku , suruh aku baca . Tapi aku cuma mampu pegang je . Aku dah menangis dan badan aku dah menggigil dah waktu tu .

Ktorg tengok dari luar bilik ICU , doktor dan nurse ramai kat dalam . Then doktor keluar , dia kata keadaan Pacik Nas okay , tapi maksud dia bukan okay apa , kre stabil sikit dari tadi . RupaIInya tadi mesin tgk jantung tu bergaris lurus sekejap . Lepas doktor buat untuk jantung tu , baru okay . Lepas tu ktorg tunggu balik kat luar . Tak lama pastu , nurse panggil masuk balik . Aku terus berlari masuk . Then doktor tanya siapa ahli keluarga terdekat sebab dia nak mintak izin untuk buat cpr , sebab Pacik Nas dah tak stabil . Aku , Maksu , Nenek cakap tak payah . Tapi Nek Endek suruh jugak , sebab itu ikhtiar .

Then Abg Ngah suruh doktor buat cpr . Doktor terus buat . Masa tu aku , Maksu dah menangis dan merayu kat Nenek suruh doktor berhenti . Kesian kat Pacik Nas . Pastu Nenek pandang Abg Ngah suruh doktor berhenti . Abg Ngah pon cakap ngan nurse , nurse terus masuk dalam then doktor suruh family semua masuk . Masa tu aku tertanyaII kenapa semua dah meraung . Maksu pelok aku . Aku tanya Maksu , Pacik Nas ada lagi tak . Maksu tak jawab . Dia terus menangis . Then aku meraung , aku tanya Pacik Nas ada lagi tak . Dia terus geleng kepala . Masa tu aku terus menangis kat sisi Pacik Nas . Aku pandang Nenek , Nenek pegang kaki Pacik Nas dan dia cakap "kenapa la camnie jadinya". Aku terus pelok dan cium Pacik Nas .

Satu ayat yang tak pernah aku ucapkan pada dia sepanjang dia ada "Along sayang Pacik Nas". Dia tak sempat dengar . Tapi sayang , saat aku ucap ayat tu , dia da takde . Hanya jasad sahaja yang ada . Tapi jasad yang dah tak bernyawa . Hanya terbaring kaku . Ingat lagi , setiap kali hari raya , mesti dia akan balik kampung . Tak kira la hari raya aidilfitri atau aidiladha . Dan tiap kali aku pulang ke kampung , mesti aku akan cari dia . Pasti soalan ini akan terluncur keluar dari mulut aku "Pacik Nas balik kampung bila?". Dan tiap kali dengar bunyi motor kat luar rumah , mesti dah tawu tu mesti Pacik Nas . Riang hati . Rasa sempurna bila dia ada .

Raya aidiladha kali nie semua mengharap dia dapat pulang . Mengharapkan kesihatannya mengizinkan untuk dia pulang . Ya , memang dia pulang . Tapi pulang nya pulang yang tak akan pernah kembali . Rasa macam tak percaya . Patut la aku kerap kali rasa tak sedap hati . Sejak sakitnya makin teruk , aku tak pasti kenapa setiap kali hati aku menyebut nama dia , mesti akan keluar perkataan 'arwah' pada awalII nama dia . Aku jadi tak sedap hati . Aku selalu pesan , dia hidup lagi . Tapi pasti perkara yang sama berlaku . Rupanya itu petunjuk yang dia akan pergi .

Dia anak yang baik . Semua sayangkan dia . Tak putusII perkataan sayang keluar dari mulut saudara mara . Tak putusII juga mereka mengalirkan air mata tiap kali nama arwah disebut . Dari malam hingga la saat hendak disolatkan , tak putusII bacaan Yasin diberikan untuk arwah . Sedih , kerana derita yang ditanggung disebabkan sakitnya . Hanya dia yang merasa sakitnya . Hanya dia yang tahu . Dan setiap apa yang dia minta dari doktor untuk dia , pasti ada sebabnya . Benarlah , Allah merupakan sebaikII perancang . Dia makbulkan doa aku . Aku dapat bertemu dengan arwah semasa hayatnya masih ada . Dan aku juga menyaksikan arwah pergi dihadapan mata . Semuanya dalam satu hari .


~ Rabb , kami memohon pada Mu . Ampunilah dosaII Muhammad Nashrul . Terangilah kuburnya . Terimalah amalan ibadatnya . Kau lapangkan lah kuburnya Rabb . Kau kuatkan lah hati kami sekeluarga diatas pemergiaannya . Kau redhakan lah hati kami untuk melepaskannya pergi . Semoga dia diletakkan dikalangan orangII yang beriman Rabb . Amin . Al-Fatihah . ~

No comments:

Post a Comment