Monday, May 13, 2013

Dugaan menguji keimanan kita


Coretan kali ini dengan hati yang sedih, kecewa, linangan air mata yang tunggu masa untuk tumpah dari kolam mata. Bukan apa, jika kau mengerti apa yang aku cuba sampaikan daripada ayat didalam gambar diatas, pasti kau mengerti apa yang aku cuba sampaikan. Bukan cuba tunjuk baik, bukan cuba berlagak baik, alim dan sebagainya. Tapi cuma ingin berkongsi rasa hati yang dipendam. Jika meluat tak perlu lah baca. Tapi jika nak jugak baca, harap tak aibkan aku kelak. Itu saje aku harap.

Aku tak nafikan, dulu memang aku nakal. SangatII nakal. Jika mereka kenal aku pasti mereka tahu apa yang aku maksudkan dengan kenakalan aku. Tapi tidak salah jika seorang manusia itu berubah dari jahat kepada yang lebih baik bukan? Bukan ke Allah sendiri memberi banyak ruang dan peluang untuk kita berubah. Bukan selamaII nya kita jahat. Bukan selamaII nya kita baik. Setiap org punye hati dan dari hati itu mereka akan terlintas satu hari nanti untuk berhijrah dari yang tidak baik, kepada yang lebih baik. Moga mereka juga mendapat hidayah kelak. Amin.

Menegur. Salah ke seorang yang lebih bawah umurnya menegur mereka yang lebih atas? Bukan ke dalam hidup ini kita kena sentiasa saling ingat mengingati. Yang tua mengingatkan yang muda. Dan yang muda mengingatkan yang tua. Tapi yang aku dapat, aku dihina. Dikatakan bajet baik, diri sendiri tak cukup baik ada hati nak tegur org. Jika ini lah yang manusia fikirkan, sampai bila nak maju. Bukan aku mahu melawan, tapi mahu mereka fikir.

Ada ke manusia yang sempurna? Yang baik, baik sahaja, tiada jahatnya. Yang jahat, jahat sahaja, tiada baiknya. Tidak bukan? Pasti yang baik, tetap ada jahatnya. Tiada manusia sempurna. Dan dengan itu kalau nak tunggu manusia itu baik saja, sampai bebila takkan boleh tegur manusia lain. Sebab kena tunggu org tu jadi betulII baik, baru boleh tegur. Itu kah yang diinginkan? Itukah yang ditunggu? Sebab itu sikap saling mengingati ini perlu tidak kira umur dia muda atau tua, baik atau jahat. Takkan nak tunggu ustaz atau ustazah yang tegur baru nak sedar?

Faktor umur. Org sering kaitkan isu ini dengan semua benda. Mereka yang lebih berusia akan rasa tercabar jika mereka 'diajar' oleh golongan lebih muda. Jika tak percaya, cuba perhatikan sekeliling kita. Memang itu yang sering dibangkitkan dan dijadikan 'point' untuk lawan golongan muda ini. Kau tu budak lagi, kau tu baru setahun jagung, baru nak lihat dunia, baru nak kenal dunia. Ini kan ayat yang sering kita dengar. Wahai manusia, sedarlah, walaupon umur berbeza, tapi setiap org ada pelbagai pengalaman yang dilalui dengan cara yang berbeza.

Dan setiap org ade pelbagai pengalaman yang dilalui yang mematangkan mereka. Kenapa mesti umur dijadikan isu untuk tidak boleh mengingati yang lebih tua? Ego. Itu jawapannya. Manusia ini mempunyai satu musuh didalam diri iaitu ego. Ego yang tinggi menyebabkan manusia sering melawan perasaan sendiri. Sanggup bermusuhan hanya kerana ingin mempertahankan ego. Ingin aku tanya, mampukah ego itu membantu mu diakhirat kelak. Jika ya, teruskan lah. Aku takkan halang. Tetapi jika tidak, maka kurangkan la ego dalam hati itu. Kerana ia penghalang.

Aku tak nafikan aku juga ego apabila org nasihatkan itu, org nasihatkan ini, tetapi aku tetap tak buat. SeolahII mencurah air kedaun keladi. Tak serap satu apa pon. Tapi bila tiba masanya, kau akan terfikir sendiri. Sampai bila kau nak macam nie. Org lain berlumbaII mengejar ilmu Islam. Org lain berlumbaII nak berubah. Tapi kau masih di takuk yang sama. Tak berubahII. Pasti akan rasa terdetik dihati mungkin ini lah masanya untuk aku mula kan langkah baru. Langkah demi langkah. Jika dahulu aku begini, maka skrg aku tidak mahu jadi begini lagi. Aku ingin berubah.

Kerana ajal maut tidak mengenal umur. Takkan nak tunggu dah tua baru nak buat amal ibadat. Habes masa muda nie buat ape? Enjoy sampai takde kesudahan. Ayah pernah cerita kat aku, 

"Ada seorang sahabat Nabi  nie sering melakukan amal ibadat. Selama 500 tahun usia dia, dia hanya melakukan amat ibadat sahaja. Dan Allah berkata, "Masuklah kedalam syurgaKu dengan RahmatKu". Tetapi sahabat baginda tadi berkata, "Ya Allah, aku tidak mahu masuk kedalam syurgaMu dengan rahmatMu, tetapi aku ingin masuk ke syurgaMu dengan amalanku". Dan Allah izinkan, tetapi hendaklah ia menimbang amalannya dengan sebiji mata. Dan apabila ditimbang, amalan sahabat Nabi yang selama 500 tahun itu tetap tidak dapat mengangkat berat sebiji mata."

Subhanallah. Sedangkan amal ibadat yang dilakukan selama 500 tahun tak dapat mengangkat berat sebiji mata, apatah lagi kita manusia biasa yang sering melakukan dosa saban hari saban waktu. Mampukah kita masuk ke syurga Allah? Wallahua'lam. Aku tidak pakar dalam ilmu agama. Aku masih belajar. Sampai ke akhir nafas kita akan belajar. Jangan label aku baik, sedangkan aku juga sering melakukan silap. Aku hanya ingin mereka tahu, aku bukan berpuraII. Aku ingin berubah. Aku mahu berubah. Bantulah aku, jangan dihina aku. Semoga kita samaII akan mendapat hidayahNya. Amin.

No comments:

Post a Comment