Thursday, May 16, 2013

Pantai Remis

Ahad minggu lepas 12 May seperti yang dirancang, aku, Ain, Mimie dan Sue keluar. Okay, kalau nak tawu dorg nie kawan dari sekolah Kustech. Dorg stay kat Tanjung Karang. Disebabkan Sabtu minggu lepas aku balek kampung, sebab tu aku ajak dorg jumpe. Lagipon da plan lama dah. Memang excited sangat nak jumpe, sebab hampir 2 tahun tak jumpe lepas dari SPM lagi. Nak kata rapat tu, well Kustech always unite. Haha. Pergi la memane pon, elok dulu kat sekolah tak rapat, tapi kalau jumpe kat luar, mesti jadi rapat punye.

Tapi Mimie ngan Ain tu memang satu dorm ngan aku masa Form 4, so memang rapat la kan. Sue plak rapat ngan budak dorm aku masa Form 5. So selalu la gak dia datang dorm kan. Memula plan nak lepak McD je. Sebab da lame tak jumpe, so bagi aku tempat yang sesuai untuk lepak berborak kedai makan la kan. Then, masa tengah sembang kat McD Kuala Selangor, dorg ajak naik Bukit Melawati, kononnya tengok monyet. Haha. Pastu ajak pergi Pantai Remis plak. Memacam la dorg nie. Haha. Tapi aku ikut kan aje.

Sebab aku mg tak kesah, da lame tak jumpe kan. Pe salahnya lepak ngan kengkawan. Lepas makan, pergi Pantai Remis. Sampai je jalan tepi pantai kejap. Pastu tengok baju, tudung. Tetibe Ain bagi cadangan ajak main layangII. Aku da pelik da main lelayang. Haha. Ain ngan Mimie pon pergi la beli layangII. Aku ngan Sue plak jejalan tengok baju. Lepas da tengok baju, aku pergi cari Ain ngan Mimie. Jumpe je dorg, ingatkan beli layangII je, rupanye dorg beli buih belon sekali. Dorg kata bukan selalu. Hee. Lepas da penat main, duduk kejap. Then balek.

Memacam topik dibualkan dalam kereta, tapi suku hari mana cukup nak cerita semua. 2 tahun tak jumpe belom tentu 2 hari habes ceritanya. Lepas hantar Sue, hantar Mimie, masa da nak sampai ruma Mimie, satu topik nie best untuk dibahaskan, tapi kekangan masa plak. Sebab da pukol 7. Maghrib kan. Nak taknak kene stopkan. Hehe. Pape pon enjoy walau sekejap. Jadi la dari takde kan. Rindu sangat kat korg. Hehe.


MakanII dulu. Sue dan Mimie.
Mimie dan Ain. Suka lak dia dapat main buih belon ^^
Mereka kata kami seperti adik dan kakak. Haha. Tu la pendek sangat.
Ain beli layangII. Tapi yang main banyak ktorg. Haha. AinII.
Mimie, Teare dan Ain ^^
Duduk kejap. Penat main layangII. Hee.
Lepas amik gambar nie, memasing puji tangan Sue power sebab dapat capture gambar style macam nie. Hee.



No comments:

Post a Comment