Sunday, May 19, 2013

My past with them

Setiap org mempunyai sejarah silam yang tersendiri. Begitu jugak aku. Setiap org ada cerita cinta tersendiri. Begitu jugak aku. Siapa yang tidak pernah jatuh cinta semasa remaja dulu, aku respect org itu. Sbb dia bisa tahan hati daripada disakiti oleh satu perasaan yang dipanggil cinta. Well, aku start bercinta masa form1. Kami sebaya. Masa tu pakwe aku tak pakai fon lagi. Aku je yang pakai fon. Jumpe kat sekolah, tapi buat macam tak kenal. Tak macam org bercinta. Tak sampai 3 bulan clash. Tu namanya cinta monyet. Haha.

Kali kedua aku bercinta masa akhir form1, Si A pakwe aku tu plak form3. Ktorg couple lepas dia habes PMR. Tengok, org lain bercinta, aku pon nak bercinta gak. Tak padan ngan kecik. Aku couple ngan dia lame jugak, dalam setahun 2bulan kot. Aku pon lupe. Maklum lah, da lame kan. Masa bercinta ngan dia nie, aku belajar memacam benda. Means, aku belajar macam mane nak hargai pasangan kita. Wah, hargai pasangan eh, geli lak aku cakap benda nie. Haha. Tapi itu lah realiti, kekadang tanpa kita sedar, kita  bersikap tidak adil pada pasangan kita.

Dia buat tu tak boleh, dia buat nie tak boleh. Tapi kita nak buat pape semua boleh. Tapi aku rasa tidak adil kat situ, kenapa org lain yang buat salah, tapi aku pula yang dipersalahkan. Adilkah? Tak nafikan dia baik, caring, jaga hati aku, tapi tu la, aku nie cemburu buta. Memasing kuat cemburu. Sape tak cemburu kalau bukti depan mata weh. Memane awek pon sakit hati kan. Dan lepas aku break ngan dia, aku belajar supaya tak terlalu cemburu buta dan jangan kongkong pasangan kita. Sbb tu akan buat dorg jadi bukan diri dorg selama nie.

Kalau sayang, biarkan dorg bebas, tapi mesti remindkan dorg, walau kemana kau pergi, kau mesti tawu siapa diri kau dan apa batas kau. Itu je, then confirm kalau ape jadi, dorg takkan rahsiakan, means dorg ade berkenalan ngan org nie, org nie. Haa. Tak perlu sorokII dah. Sebab dapat pasangan yang sporting. Lepas aku break ngan A, aku couple dengan N plak. Dengan N nie memang bak kata org, zaman kegelapan la senang cite. Perangai aku berubah 180`. Siapa yang kenal aku dorg tawu la berubah camne. Aku couple dengan N lepas aku break ngan A.

Then putus camtu je. Break ngan dia masa dekat nak PMR. Act lepas aku break ngan dia, aku rasa dia la lelaki yang buat aku rasa meluat dengan perangai dia. Lepas break ngan dia, kawanII aku cakap perangai aku da okay sikit. Dah tak macam zaman kegelapan tu la kan. Haha. And I'm single about 1 years, sampai la aku masok Kustech. Then couple dengan senior, F. Couple ngan dia dalam 9bulan. Masa couple ngan F, aku ada couple dengan R. Aku couple dengan R pon sebab aku rasa hubungan dengan F da macam goyah, macam tak le diselamatkan da.

That's why aku couple dengan R. Dia caring, baik, gilaII, suke buat aku gelak, sweet. Haha. Memacam. Tapi memang aku suka dia. Tak pernah rasa macam nie dengan lelaki lain. He's different. Mesti nak cakap aku jahat kan, menduakan pakwe. Hem, kalau korg berada kat tempat aku time tu, korg akan buat keputusan yang sama. And till now I'm still with R. Together. 3 years 4 months and still counting. Kenapa aku cakap dia berbeza. Sbb dia ubah aku dari someone yang tak berapa nak baik sangat kepada yang better la jugak. Hee.

Dia buat aku untuk berfikiran dengan lebih matang. Dia kawan baik aku, dan kalau ktorg ada problem, aku suka cara dia selesaikan problem ktorg. Dia tak suka cerita masalah hubungan ktorg kat kawanII dia. Sbb dia taknak nanti kawan dia bagi pendapat yang negatif, yang akan buat dia rasa lain terhadap aku. So he prefer to settle it down by himself. Sbb tu aku suka cara dia. Papepon, setiap org ade kenangan mereka yang tersendiri, dan bagaimana kita kawal kenangan kita supaya ia tak beri kesan pada hati dan future kita. Tu je.

Tak nafikan, kalau kita terjumpa dengan ex kita, hati mula la tak tentu arah. Ylah, rasa macam teringat balek je kenangan lama. Tapi bile difikirII kan balek, buat apa ingat benda yang lepas. Ia hanya tinggal kenangan, skrg aku da ada future aku. So perlu apa kita toleh ke belakang balek kan. Dia pon mungkin da ada life sendiri yang mungkin jauh lebih bahagia dari kita. Aku pon harap dorg akan lebih bahagia dan tak ingat kat aku lagi. Dan aku harap dorg tak pernah ingat yang aku pernah jadi sebahagian dari hidup dorg. Tu yang aku harapkan.

No comments:

Post a Comment