Sunday, June 30, 2013

Happy 41 Ayah !

Hello 30 June 2013.

Dah 41 da umur ayah kita. Haha.

HAPPY BIRTHDAY AYAH !

SAYANG AYAH. FOREVER. SERIOUSLY.


Semakin aku matang, semakin aku sedar erti pengorbanan orang tuaku.

Wajah letihmu, membuatkan hati ku rasa sayu.

Membuatkan aku mengerti betapa penatnya kamu mencari sesuap nasi untuk kami. Untuk kesenangan kami.

Sebagai tanda kasihmu pada kami. Walaupon tiada ucapan sayang tiap hari.

Tapi perbuatanmu memberitahu bahawa engkau sayangkan kami. Engkau kasihkan kami.

Setiap nasihatmu, setiap bebelanmu, semuanya kerana sayang.

Dan tadi senyuman diwajahmu membuatkan aku gembira.

Dengan hadiah kemeja merah jambu yang ku hadiahkan membuatkan senyumanmu makin lebar.

Walaupon ia bukan warna kegemaranmu. Tapi mungkin hatimu tercuit kerana warna itu yang ku hadiahkan untukmu.

Ia bukan mengenakan. Tapi ia adalah keikhlasan. Aku ingin melihat kamu memakai baju kemeja merah jambu itu.

Aku cintakan kau ayah. Ikhlas dari anakmu :')

No comments:

Post a Comment