Saturday, June 29, 2013

Praktikal

Hello. Sorry kalau da lame tak update blog. Tu pon kalau ada pembaca la kan. Haha. Busyyyyy. Hee. Maklum la sekarang nie da mula praktikal. Dah nak masok minggu ketiga da aku praktikal. Minggu pertama pakai baju kurung je. Da macam kat poli da rasa pakai baju kurung. Haha. Takpe lah. Baru nak masok tempat baru kan. Kene la simpleII dulu. Chewaahhh. Poyo je. Tapi keje logistics, biasa nya pakai tshirt pon le. Tapi tu depends pada company yang guna rules camtu la. Company tempat aku praktikal nie pakai formal. Means, cam seluar jeans atau tshirt tak le. Kecuali hari sabtu, yang tu bebas.

First time masok serious kekok. Aku masok department freighting. Memula cuak gak. Ne tawu kene interview ke ape kan. Masok je tengok, wah ramai cina seyh. Melayu cuma 5 orang je termasok aku. Tu pon perempuan. Lelaki takde langsung. India lak 2 orang, perempuan jugak. Yang lain semua cina, lelaki dan perempuan. Then aku fikir positif jlah, harap takde pape la kan. Apa yang aku maksudkan takde pape tu adalah. Biar aku je yang tawu. Hee. Then dikenalkan dengan semua orang. Manager bagi briefing sikit. Dia cakap laju gile. Nasib aku paham. Dan nasib la dia comel. Hahaha.

Bila aku da start belaja baru aku paham, rupenya dulu aku keje tu freight la. Dan sememangnya nie bahagian aku. Aku lebih suka buat freighting daripada yang lain, macam forwarding, liner, haulage and so on. Freight ialah makanan aku. Chewahhh. Makanan eh. Poyo. Serious aku poyo -_- Dan disebabkan aku da pernah keje dulu. Kre ade basic la. So aku senang tangkap la apa yang dorg maksudkan. Dan dorang tak habesII puji aku pandai. Aminnn. Haa. Minggu pertama praktikal serious membosankan. Lepas makan lunch je, petang tu mula la mata layu. Kadang tu sampai tertidur. Sengal betul. Haha.

Sepanjang dua minggu aku praktikal. Alhamdulillah okay la. Even ade 4 orang melayu dan 2 india je. Tapi aku still happy. Sebab kakakII kat situ serious sporting dan kecoh. Kecoh sebab apa taw. Office aku tu tak pernahnya lengang. Mesti bising dengan suara on call la. Borak la. Memacam. Dan kekadang bila akakII uw berborak aku dengar lah, sebab meja dekat, then aku pon gelak sekali bila cerita dorg kelakar. Dan kebanyakannya cerita pasal anak la. Maklum la, da kawin kan. Yang lom kawin aku ngan sorg akak baru masok nie. So kte nie cuma mampu dengar je. Maklum le tak kawin lagi kan. Hee.

Dan kekadang tu aku cam terfikir taw, sempat ke aku merasai alam perkahwinan dan ada anak kan. Kat surau pon kekadang tengah dok tunggu turn nak solat, dengar dorg borak pasal anak. Comelnya la dengar keletah anak memasing. Sape yang masih ada anak yang kecik tu boleh la cerita pasal keletah anak memasing. Yang anak da besar nie mampu tanye ape dorg buat la sekarang kan. Contoh cam ayah aku, anakII nya semua da besar. Tapi tak tawu la ade orang tanye ke tak kan. Hee. Okay, done merepek.

PRAKTIKAL (LATIHAN INDUSTRI)

17 JUNE 2013 - 1 NOVEMBER 2013

Minggu kedua LI :)
And lastly. Kalau ada masa aku update lagi ye. Tata ^^

No comments:

Post a Comment