Sunday, July 14, 2013

Selamat tinggal hamster

Terasa macam minggu lepas dan minggu nie memang minggu kesedihan buat aku agaknya. Da la sabtu lepas hamster betina aku mati sebab sakit mata. Sakit mata sebab ada kesan cakar bawah mata dia, then dia tak le nak bersihkan, esoknya mata tu jadi kering dan buta. Masa tu hari khamis tak silap. Hari sabtu aku balek kampung. Hari ahad tu balek rumah, tengok hamster aku tu da mati. Sedih rasa. Memang sedih. Menangis aku weh. Sbb aku sayang sangat ngan hamster aku. Tu yang aku nangis tu. Kesian anakII dia. Da la kecik lagi. Baru bape bulan. Tapi at least anak dia da reti la makan makanan lain. Hm. Anak dia ada 3 ekor. ComelII semuanya.

Dan pagi semalam plak, aku tak sedar, serious tak sedar bila masa kucing jantan masok bilek aku. Aku tengah tidur time tu. Then aku tersedar sebab dengar bunyi kuat macam terhempas. Dan bila aku pandang tepi katil, kucing tu tengah gigit anak hamster yang tengah tersangkut kat penutup sangkar tu. Dan sangkar tu plak semuanya da terburai. Serious aku terus menjerit time tu, dan tengok anak hamster tu mati depan aku. Mata dia terbeliak, mulut ternganga, isi perut terkeluar. Subhanallah. Sedihnya rasa. Then aku terus tengok lagi dua ekor anak hamster tu. Kesian dorg. Dorg ketakutan. Bising mulut dorg sbb takut.

Dan sampai ke malam dorg masih rasa fobia. Tak boleh ada bunyi sikit dekat ngan sangkar dia. Mesti dia akan berbunyiII dan tak tentu arah. Hm. Sedih sangat. Aku menangis sampai petang. Sbb teringatkan anak hamster tu mati depan aku. Terasa macam mimpi ngeri tawu tak. Kau sedar dari tidur secara mengejut dan kau nampak benda yang kau tak sanggup lihat. Iaitu kematian. Menggigil tangan aku. Terasa kesal sangat. SangatII kesal. Aku sampai tekad nak bunuh kucing yang nak makan hamster aku tu. Serious. Kalau aku jumpa kucing tu, aku rasa macam nak sepakII je dia.

Biar dia rasa sakitnya macam yang hamster aku rasa. Tapi aku nie manusia, sayangkan hamster, sayangkan kucing. Jahat camne pon kucing tu, aku masih tak mampu nak buat macam apa yang aku cakap. Sbb ape? Sbb aku pernah rasa macam nie dulu. Bila depan mata, rasa tak sampai hati. Tapi aku sedih. Sangat sedih. Aku selalu nampak dorg tiga ekor makan sesame, main roda sesame, mainII sebelum tidur, dan bila da penat main sesame, dorg akan tidur samaII sebelahII. Main roda plak dorg cuma muat main berdua je. Dan yang lagi sekor plak kadangII mesti akan cuba nak menyibuk gak main roda sesame.

Aku selalu tergelak sebab tengok keletah dorg yang comel tu. Dan paginya tu aku sempat tengok dorg main roda sesame. Dan itu kali terakhir dorg bertiga main roda sesame. Sedihnya Ya Allah. Terasa sampai skrg. Da la mak dia jaga dia elokII, dan skrg aku tak boleh nak jaga dorg dengan baik. Sedih tawu tak. Hm. Aku harap sangat anakII hamster nie akan membesar dengan baik. Taknak dorg kene macam nie lagi. Tak sanggup. Aku pon rasa trauma. Sampaikan aku asik terfikir, macam mana nak tinggalkan rumah, kalau rasa semuanya da tak selamat utk dorg tinggal. Takkan nak bawak kemanaII sesame. Hm :'(

No comments:

Post a Comment