Friday, July 19, 2013

Rindu paling dalam

Malam itu, aku belekII post lama. Saje nak lihat apa yang pernah aku coret. Tapi apa yang paling aku mahu baca ialah apa yang pernah  aku coretkan tentang dia. Dia yang sangat aku rindu. Aku baca dan terus baca kesah itu. Aku lihat gambar dia. Setitik demi setitik air mata gugur, kerana rindu. Rindu dengan gurau sendanya. Rindu dengan gelak tawanya. Kini aku sedar, betapa dalam rasa rindu yang ku tanggung saat ini. LebihII lagi dia yang telah tiada. Bagaimana harus aku tempuhi raya kali ini tanpa dia? Sedangkan saban tahun dia yang aku tunggu selalu. Tapi kini, dia telah tiada. Sungguh aku merasa sebak. Tapi aku harus redha. Semoga engkau aman disana pakcik ku. Kami disini amat merindukanmu.

No comments:

Post a Comment