Sunday, September 15, 2013

Orang istimewa

Aku pergi ke majlis kahwin kawan mama. Aku tidak kenal langsung siapa mereka. Aku hanya menurut. Waktu aku sedang makan. Adik aku tegur untuk melihat anak kecil yang berbahasa isyarat. Aku terkedu. Kemudian bertanyakan adikku, mereka bisu ke? Dan adik aku mengangguk. Aku lihat meja disebelah juga sedang menggunakan bahasa isyarat. Aku ingat mereka mainII, aku diam. Kemudian adik aku panggil aku, dia suruh lihat belakang meja. Mereka berbahasa isyarat juga. Pada saat tu aku rasa lain. Tersentuh.

Kemudian aku lihat pengantin lelaki mengambil air untuk si pengantin perempuan, dan aku lihat dia juga berbahasa isyarat. Saat itu aku terus menanyakan mama, mereka bisu dan pekak juga ke. Mama mengiakan. Sebak hati aku. Istimewanya mereka, cinta si pekak dan bisu. Waktu itu aku lihat sekeliling aku berborak menggunakan bahasa isyarat. Sungguh saat itu aku memikirkan walau mereka istimewa tetapi mereka lebih bertuah kerana dengan keistimewaan mereka pekak dan bisu itu mereka tidak mengeluarkan kataII yang siaII seperti kita yang sempurna ini.

2 comments:

  1. ini kalau banyak idea lagi ni, boleh buat cerpen tahu dak. haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke buat? rasa macam tak layak je :)

      Delete