Saturday, October 19, 2013

Sunway Lagoon - Infinity Logistics & Transport Family Day




Hello ! Da lama tak post kat blog nie. Rinduuuuuu. Haha. Anyway, aku nak story pasal Family Day hari tu. 6 October 2013 haritu tempat aku praktikal ada buat Family Day untuk department Freight dan Forwarding. Department Freight tu aku la. Dan department Forwarding tu ayah aku. Haa. Ramai jugak la yang pergi kan. Memang best. Sebelum tibanya tarikh nie, aku memang da excited sangatII nak pergi lagi. Ylah sebab kali nie pergi company support all park plak, tu yang bila dapat je pamplet rasa macam nak main je semua yang ada. Hee. Pastu bila tiba harinya, awalII pagi lagi da gerak gi Sunway. Pastu jumpa dakII Forwarding kat tempat parking.


Cantik kan awan tu. Pagi yang cukup indah.

Muka budak excited masuk Sunway Lagoon kali kedua. Hew hew hew.

Tengah dok berkumpul dengan budakII lain kat tempat duduk sebelah pintu masuk nie, tetiba nampak zombie nie. Haha. Style gile dia nie.

Aku, Mama dan Angah. Hee. Masa nie amik gambar tag nie kan, tapi yang peliknya muka ktorg pon senyum. Padahal bukan masuk dalam kamera pon. Haha. Pepelik jlah memasing. 

Ayah, Mama dan anak kak dian. Comel je dengan bikini baby dia. Maya namanya.

Nie adek kedua aku. Dia memang besar sedikit dari aku. Tu yang kadangII orang ingat dia kakak, aku adek. Padahal dia la adek. AkakII kat opis aku pon macam tak percaye dia adek aku. Haha.
Waktu nie budakII ayah menyakat "Abang Lan macam pegang cucu je". Haha. Siot je dorg nie.

Lepas memasing da masuk, bergambar dulu dekat depan pintu. Nie la sebahagian keluar Freight dan Forwarding :)

Lepas masuk, terus letak beg dalam locker. Beg baju jlah tapi. Wallet, fon masih tak simpan lagi. Hee. Sepatutnya lepas letak beg, ktorg kene berkumpul kat mana tah untuk samaII buat aktiviti la kirenya, tapi ktorg satu family terus pergi tempat lain. Haha. Sempoi. 
Ktorg satu family pergi ke arah sini. Tapi tak tawu pon ape yang ada kat sana. Terjah aje. Hee. RupeII nya ada All Terrain Vehicle (ATV), Mountain Bike, Archery Target Shooting, Go Kart, Flying Fox dan macamII la.

Benda first yang ktorg main benda nie. Memang best. Not bad at all ^^ Tapi yang kelakar adek laki aku. Dia ingat nie motor biasa agaknya, asik terlajak je. Ape la. Buat spoil. Hee.

Mama nampak excited dan cuak nak bawak motor tu sebenarnya. Haha.

Lepas naik mountain bike, ktorg adek beradek main Archery Target Shooting sementara tunggu Mama ngan Ayah gi jalanII naik mountain bike tu. 5 panah yang diberi. 2 panah tercampak tah kemane. 3 panah kene tempat shoot, dan salah satu panah kene atas garisan hitam da hampir masuk bulatan kuning. Org yang kerja situ siap cakap kalau aku kene tepat warna kuning dia nak kasi RM1. Aku cakap la takkan seringgit je kot, kasi la RM10, baru semangat sikit. Haha. Tapi tak dapat. Rugi je. Hee.

Lepas ktorg main bende nie, mama ngan ayah plak datang main. Dan yang tak percaye tu, mama dapat tepat warna kuning. Gile la. Macam tak caye, betul ke nie mak aku. Haha. Semangat dia tu lain macam :D

Lepas main memanah tadi, ktorg naik jambatan gantung. Yang nie sumpah letih gile. Da la panjang plak tu. Seram sejuk aku jalan atas tu. Adek perempuan aku plak cuak takut jatuh. Haha.
Aku suka gile pemandangan nie. Cantik sangat.

Muka bajetII macam tak cuak. Haha.

Salah satu pemandangan dari atas jambatan gantung. Nampak tak warna merah kuning tu. Tu la Vuvuzela, dan yang nie adalah terbesar didunia. Serious memang best main benda tu. Cuak pon ada gak. Hee. Tapi yang lebih best la kan.

Look, kau bayangkan masa kau dicampak dari dalam gelongsor ke dalam vuvuzela tu, rasa macam berderau jantung. Da la dicampak ke dalam tu. Risau jatuh dari pelampung je. Haha. Benda nie aku naik 2 kali. Tu je yang mampu. Nak main banyak kali tak larat. Sebab nak panjat naik ke atas nie yang tak sanggup. Tinggi sangat. Cer la letak eskalator ke, senang la sikit nak kan. Wah, demand lebih nampak. Hee.

Lepas turun dari jambatan gantung, ktorg naik Tomahawk, ayah je tak. Letih katanya. Kesian ayah. Lepas Tomahawk, Pirate's Revenge nie plak. Aku ngan mama je naik, adek perempuan aku taknak naik sebab dia takut. Benda nie lagi seram dari Tomahawk katanya. Haha. Aku cakap aku lagi suka benda nie. Tapi memang seram sejuk gak waktu tergantung tengah2 tu kan. Da rasa macam Titanic plak. Haha.

Nie baru sikit. Hee.

Lepas main nie semua, ktorg rehat kejap, makanII then lepakII. Makanan kat dalam tu memang tak dinafikan la mahalnya. Nasib baik ade voucher makanan, tak terasa la sangat keluarkan duit kan. Tapi tu pon tak cukup. Terpaksa keluarkan duit gak. Lepas tu masuk rumah hantu. Masa kat rumah hantu nie adek perempuan aku tak masuk, dia takut. Tah pape tah. Hee. Padahal aku pon cuak pada mulanya. Pada mulanya jlah ye. Da tengahII aku da le hafal ape je taktik dorg nak takutkan kita. Hee. Tapi ada satu part yang seram. Waktu dalam satu bilek tu penuh dengan hantu gulaII. Yang tu memang aku pejam mata sampai da tak nampak. Haha. 


Lepas masok rumah hantu, main kat Amusement Park plak, ktorg naik Butch Cassidy Trail (yang kasut koboi) tu, Colorado Splash (dalam gambar nie) then Grand Canyon River Rapids. Yang Amusement Park nie tak basah sangat. Dia basah sikit je, tu pon sebab kene splash water sikit je kan. Hee.

Lepas main kat Amusement Park, ktorg masuk Wild Life Park. Yang nie memang seronok la kan tengok gelagat haiwanII yang comel tengah sedap tidur. Hee. MacamII ada. Sebut je, semua ada. Cuma zirafah dan gajah tu takde la kan. Haha. Harimau pon ada. Tapi dekat dengan game Pirate's Revenge tu la. MasukII je kat Park nie nampak burung kakak tua. Comel je. Ada ular, hamster, memerang, buaya, pelbagai jenis burung dan macamII la. Tak ingat da. Haha. Lepas masuk Park nie, ktorg pergi ke Waters of Africa plak. Yang nie memang lama ktorg main. Banyak kali plak tu. Sbb best sangat. Haha. Habeskan lebihan masa kat sini la.

Main Vuvuzela, African Phytons, ngan Congo Challenge. Main 3 benda nie je da berlamaII. Haha. Lepas da penat main benda alah nie semua, mama, ayah ngan adek pergi lepak kat Surf Beach plak. Sementara aku ngan adek perempuan aku plak pergi naik ke Flying Fox. Memang lama nak tunggu, sebab ramai kan. Setengah jam jugak la. Menyesal tak naik tu awalII. Haha. Masa turn aku nak main benda tu, memang aku rasa lain, risau pon ada sebenarnya, sebab takut jatuh. Haha. Sebab bergantung hanya pada tali kan. Masa bangla tu cangkukkan tali aku kat tali benda tu pon aku siap betulkan jugak, sebab takut jatuh. Haha.

Tapi bila kau da duduk dan lepas dari atas tu, memang best. Rasa nak naik lagi. Haha. Aku tengok adek aku tak menjerit, tapi aku menjerit. Hee. Cuak babeee! Lepas da naik benda nie, aku lepak Surf Beach plak. Berehat. Penat da main benda tu semua. Haha. Dan yang tak bestnya setengah jam je aku dapat dok lepak kat situ. Tak puas tawu. Lain kali bukak la awalII sikit Sunway Lagoon nie. Haish. Haha. Papepon best. Puas hati. Syukur alhamdulillah. Rezeki dan takde pape buruk berlaku. Haa. Tu yang penting. Hee. Balek ape lagi. Tidur la. Haha.


Last dari saya. Much love. Harap dapat datang sini lagi dengan insan tersayang ^^

2 comments:

  1. urm best nya. bila la nak boleh pergi situ..:)

    ReplyDelete
  2. Insyaallah. Ada rezeki boleh datang sana :)

    ReplyDelete