Tuesday, November 19, 2013

Officially 20

16 November 2013 , genap la usia aku 20 tahun. Baru 20, muda lagi. Dan setiap 16 November nie perasaan aku lain. Lain sangat. Mungkin org akan cakap, "Ylah, birthday kan, mesti la lain". Em mungkin. Tapi perasaan pada 16 November nie lebih kepada sedih. Aku boleh cakap setiap 16 November aku akan menangis kesedihan. Ya, kesedihan. Aku taknak cake atau birthday parti macam yang orang selalu mahukan pada setiap hari lahir mereka. Aku sendiri tak tahu apa yang aku mahukan sampai la aku ternampak satu tweet dari kawan Kustech yang sama tarikh lahir nya dengan aku iaitu "BangunII je dapat birthday kiss dari Mama dan Ayah".

Aku terus menangis. Mama. Ayah. Sama panggilan untuk ibu dan bapa aku. Mama. Ayah. Andai aku juga mampu tweet macam tu. Tapi tak. Aku tak dapat pon ciuman dari kedua orang tua aku. Aku tak mahukan kek. Aku tak mahu pon parti tu semua. Cukup la aku dapat ciuman dan pelukan dari kedua orang tua aku bila aku bangun dari tidur. Itu sudah memadai untuk hadiah hari lahir aku. Aku juga dapat wish dari seorang senior aku dengan ucapan "Happy Birthday, ucapkan terima kasih kat mak kau sebab lahirkan kau". Ucapan yang sangatII mendalam. Ya, itu juga penting. Setiap kali tiba hari lahir aku patut ucapkan itu.

Tapi aku tak pernah. Aku malu. Jadi pada hari itu, aku mesej Mama dengan linangan air mata, "Thanks ma sebab lahirkan along, jaga along sampai sekarang, along sayang mama". Dan Mama balas, "Mama pon sayang along, selamat hari lahir, moga panjang umur dan murah rezeki, jaga diri". Aku menangis lagi. Itu dia. Doa seorang ibu. Ayah pula, mungkin Ayah lupa hari lahir aku. Memang patut pon Ayah lupa. Sebab pernah pada hari lahir ke 18 mungkin, aku tidak hargai kek yang dibeli oleh ayah. Aku dikejutkan bangun dari tidur dan mereka surprise kek dan aku cuma pandang dan pergi naik bilik semula.

Ya, memang aku bodoh. Aku bodoh sebab tak hargai pemberian orang tua. Ayah kecil hati. Aku tawu, dan mungkin sebab tu ayah tak wish atau sambut langsung selepas itu. Aku sayang Ayah. Aku sayang Mama. Bukan aku tak hargai kek pemberian mereka. Aku tak mahukan itu. Tolong lah bilang pada mereka, aku cuma mahukan ciuman dan pelukan dari mereka. Itu sahaja. Itu sahaja yang aku mahukan. Itu sudah memadai buat aku. Sungguh setiap 16 November perasaan sedih dan serba salah menerap ke dalam hati dengan sangat mendalam kerana asik teringatkan peristiwa dan kebodohan aku.

Andai aku mampu skip tarikh tersebut, supaya 16 November tidak pernah wujud dalam kamus hidup aku. Jujur aku taip entry ini juga dengan linangan air mata, kerana aku tak tahu pada siapa mampu aku cerita semua benda ini. Mungkin pada siapa yang kenal ibu bapa aku mereka boleh bilang yang aku cuma mahu kan ciuman dan pelukan setiap kali hari lahir aku dan aku juga mahu mohon maaf diatas apa yang telah terjadi. Ma... Yah... Along sayang Mama ngan Ayah... Along mintak maaf. Terima kasih sebab lahirkan along dan jaga along sampai sekarang... Maafkan along...

No comments:

Post a Comment