Tuesday, November 19, 2013

That feeling

Setiap orang ada kisah silam mereka yang tersendiri. Dan setiap orang juga mempunyai satu perasaan yang mereka takkan lupa sampai bilaII mengenai kisah silam itu. Begitu juga aku. Aku takkan lupa perasaan yang pernah aku rasa pada zaman persekolahan aku dulu. Walaupon masa telah lama berlalu, namun jika aku teringat tentang kejadianII yang pernah berlaku dulu, seolahII aku masih berada pada waktu itu dan perasaan yang aku pernah rasa dulu ia masih kukuh dihati. Memang aku tak nafikan ia masih ada. Tertekan rasanya jika diingat dan dengan perasaan yang aku sendiri mengambil masa untuk mengubatinya. Sungguh ia amat sukar. Tak semudah itu aku laluinya sehingga la saat ini, ketika ini. Dimana jika aku ingatkan semula ia sudah tidak memberi apaII makna dalam hidup aku. Aku hanya ingat ia sebagai kisah silam dengan perasaan yang kosong. Tenang. Itu yang aku rasa. Dan sungguh aku tak pernah impikan aku setenang ini. Memang sukar untuk membuang perasaan kisah silam dalam hidup kita. Tapi jika kita dekat dengan Nya. InsyaAllah kita boleh dengan Izin-Nya. Aku pernah lalui zaman hitam, yang mungkin aku rasa mengambil masa yang lama untuk aku lupakannya. Tapi aku lupa. Aku lupa pada Pencipta. Aku lupa walau sejauh mana aku pergi, tapi jika aku masih jauh dengan Nya, perasaan dan kisah silam itu tetap mengejar aku. Jadi aku mula dekat dengan Pencipta. Sungguh. Aku tidak pernah jangka aku akan setenang ini. Perasaan yang tak pernah aku rasai selama ini. Ketenangan ini. Dan kini aku hanya pandang kisah silam itu sebagai kesilapan yang pernah aku lakukan dalam hidup. Dan aku cuba untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

No comments:

Post a Comment