Wednesday, December 11, 2013

Sedapkan hati

Aku tak tawu nak cakap cemane. Aku cuba sedapkan hati. Tapi aku terfikir satu benda nie. Dulu aku ngan dia pon bermula dari kawan, 2 minggu sahaja kami berkawan. Dalam masa 2 minggu, aku berkongsi cerita tentang aku dan FF. Masalah aku dengan FF. Dia la pendengar setia. Sedangkan time tu aku tawu dia ada A. Dan aku ada FF. Tapi selepas 2 minggu berkawan, kami bercinta sampai sekarang. Dan kami putus dengan pasangan kami. Hampir 4 tahun dah. Pelbagai yang dilalui. Bukan mudah. Dan aku terfikir, sama ke situasi nya. Engkau luahkan masalah tentang engkau dan BF kau atau kau cuma mahukan teman untuk berborak dan just bertanya khabar? Itu yang menjadi persoalan dalam diri aku. Jika engkau cuma anggap dia kawan, dan tiada perasaan lain melainkan kawan, then go ahead. Aku boleh terima. Tapi kalau kau cakap kau mula ada rasa hati pada dia. Baik kau berhenti sebelum banyak hati yang terluka. Aku percayakan dia. Tapi aku tak percayakan kau. Itu masalahnya. Dan aku harap engkau faham apa yang aku maksudkan. Aku tak halang engkau berkawan, tapi tak perlu sampai 'mengambil hati'.

No comments:

Post a Comment