Wednesday, February 5, 2014

Ilmu hitam

Aku mimpi aku buka Al-Quran yang ada tafsir. Tapi tafsirnya hilang. Yang tinggal hanya ayat quran tu sahaja. Dan kemudian ada satu muka surat nie macam kena air dan tulisan tu mengembang, kemudian ayat yang keluar dari situ adalah "Ilmu hitam". Aku terkejut. Kemudian aku terjaga. Apa maksud disebalik mimpi tu? Aku cerita dekat ayah. Ayah tanye apa ayat yang aku buka tu. Aku cakap aku tak nampak, sebab yang aku nampak cuma aku buka al-quran tafsir yang selalu aku baca. Kemudian ayah cakap, maknanya kau kena beramal dengan ayat tu untuk elak dari terkena ilmu hitam. Aku tanye, ayat apa? Dan ayah cakap, maksudnya ayat al-quran la. Dan aku fikir, mungkin ini petunjuk agar aku terus baca al-quran dan tidak tinggalkan supaya aku tidak mudah dimasuki oleh ilmu hitam. Sebab aku tahu, 'benda' itu sedang cuba merosakkan keluarga aku. Terima kasih Allah atas petunjuk ini :)

No comments:

Post a Comment