Tuesday, February 4, 2014

Bayangan sedih

Hari ini aku memikirkan yang pelikII dan diluar jangkaan aku lagi. Andai begini dan begini apa yang aku buat. Tapi yang pasti aku memikirkan sesuatu yang sedih. Aku memang begini. Suka memikirkan yang sedih sedangkan ia belum terjadi. Emosi. Aku tahu aku tidak pandai mengawal emosi. Lagipun aku lebih gemar memikirkan perkara sedih supaya ianya takkan jadi secara realiti dalam hidup aku berbanding memikirkan perkara yang gembira tapi ia tak seperti yang kau bayangkan. Ia lagi sedih bukan? Jadi lebih baik begini. Ia sebagai terapi diri aku. Biarlah aku membayangkan kisah yang sedih sehingga menangis dari aku membayangkan kisah yang gembira tapi akutak mampu mengecapinya :')

No comments:

Post a Comment