Tuesday, February 4, 2014

I'm not ready

Sebenarnya terlalu banyak rasa hati yang aku pendam. Yang aku simpan. Biar mereka sendiri tak tahu. Walaupon mereka tahu, ianya cuma sedikit. Tak banyak. Aku sendiri sudah merancang. Andai begini begini dan begini apa yang perlu aku lakukan. Namun, sejauh mana pon aku merancang, tetap tak sama dengan perancangan Dia. Tapi sejujurnya dari dulu lagi aku tak bersedia. Aku takut untuk berdepan dengan masa depan. Aku takut aku tersilap langkah. Susah sebenarnya sebab apa yang kau buat pada hari ini akan memberi kesan pada hari esok. Itu ayat yang aku selalu pegang. Tapi, aku degil. Aku tetap teruskan walaupon aku tahu pahit yang akan aku dapat. Takpe la. Andai aku silap pada hari ini, masih ada hari esok untuk aku perbetulkan. Aku tak tawu sampai bila aku mampu bertahan. Aku sendiri tak tawu macam mana nak pulihkan segalanya. Semakin aku kenal dia dan keluarga dia, semakin aku takut nak berdepan dengan masa depan. Aku sedih. Kenapa begini? Even he said "Everything's okay". Tapi itu kata dia, kata yang cuma mahu aku merasa enak. Tapi hakikatnya. Hem. Aku yang makan hati. Dan itu yang buat aku lagi takut untuk berdepan dengan keluarga dia. Kalau boleh aku taknak jumpa selagi aku tak ready. Tapi sampai bila? Perkataan 'ready' tu pon sebenarnya dalam situasi. Selagi kau tak berdepan dengan situasi tu selagi tu kau akan cakap yang kau tak ready. Hm. Biar jlah. Ada jodoh ada la kan. Kalau takde, aku terima, dia bukan untuk aku :')

No comments:

Post a Comment