Tuesday, May 24, 2016

My mum is superwomen

25/05/2016 @ 0231am - I was sitting besides my mum now to take care of her yang baru lepas operation pagi tadi. When I look at her face, aku rasa macam nak menangis. Sedih tengok dia menahan kesakitan dekat bahagian perut sebab operation buang batu dalam hempedu tadi. Nak tidur pon tak selesa. It remember me also when I was sick nak operate apendiks kat Hospital Serdang dulu. How she sacrifice the time at home just to take care of me, tidur dalam kesejukan and menangis bile dapat tawu aku sakit. Waktu tu, dia jaga aku kat hospital, dia uruskan rumah dan datang balik kat hospital untuk jaga aku. Aku teringat dulu masa aku kat poli, ayah kena masuk wad, angah pon kena tahan wad sebab demam denggi berdarah tahap kritikal dan dia sorg je masa tu kena uruskan rumah, ulang alik jaga angah and ayah. Lemahnya dia masa tu hanya Tuhan yang tahu. Tapi dia kuatkan semangat jugak dan adik dia ade tolong untuk jaga angah waktu tu. Isn't she a superwomen? Cekal betul hati seorang ibu. Betul lah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai, tapi anak yang ramai nie belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Mama memang seorang yang kuat, dia lah wanita paling tabah yang pernah aku kenal. Tiap pagi dia akan bangun uruskan kucing², belikan sarapan pagi, basuh baju, kemas rumah, layan suami, masak. Tapi dia tak pernah merungut pon yang kerja dia banyak. Dia tak pernah merungut yang dia penat uruskan rumah. Maybe org akan cakap ylah my mum housewife memang la tu je kejenya. Okay, tapi macam mana plak bagi seorang yang mempunyai sakit saraf sendi dan yang pasti sakitnya tu akan menyerang diri dia tiap masa. Kau rasa larat ke org tu? Aku tawu dia sedih sebab sakit saraf sendi dia makin teruk. Tapi dia kuat. Dan yang aku rasa betapa mulianya hati mama bile dia suka beli beberapa bungkus tuna kucing dan bagi kat kucing jalanan yang lapar. Kat rumah tu pon mesti ade je kucing lain datang yang menumpang makan dan da jadi penumpang tetap sebab mama tak kesah pon bagi dorg makan. Mama selalu cakap ngan kucing dia, "kalau lah mama banyak duit, mama da beli da tanah bela semua kucing² jalanan yang ada, mama tak kesah pon bela korg semua. Tapi mama takde duit". How I wish I can make it reality. Please, pray for my mum health.

"Ya Allah, kasihanilah ibuku sepertimana dia mengasihaniku ketika aku kecil. Amin".

No comments:

Post a Comment