Saturday, May 14, 2016

Percutian di Melaka (Tempat menarik di Melaka)


Nie cite hujung tahun lepas baru nak post. Busy dan malas punye pasal. Tapi nak tulis gak sebab mana tawu le bagi tips kat orang lain. 24 hingga 26 December 2015 haritu aku ngan family plan bercuti ke Melaka. Masa tu kan cuti panjang Krismas dan sambung dengan weekend, so memang ramai gile org plan nak bercuti waktu nie. Masa nie memula plan nak ke Cameron Highland, tapi hotel, homestay semua penuh. Dan ada salah sorg owner homestay tu cakap jangan datang la time cuti nie sebab ramai gile akan naik Cameron cuti nie dan akan jem gile-gile. So terpaksa tukar plan. Dan terus plan ke Melaka. Tapi masalah yang ktorg hadapi lebih kurg ngan Cameron, takde hotel dan homestay. Memang da nak give up da sebab 23 haribulan tu tak jumpe rumah lagi. Sekali tu petang nya tu baru dapat jumpe satu homestay nie and dekat dengan Bandar Melaka dalam 20 minit camtu. A bit okay ar dari takde langsung. Nak bercuti punye pasal, redah jelah.

24 Decemer 2015 - Pagi-pagi lagi ktorg da gerak dari rumah. Tapi disebabkan jem ya amat dekat highway Seremban dan jalan ke Melaka, so sampai Melaka dekat pukul 4. Gile lama kau dalam kereta. Panaih punggung. Sampai je Melaka terus check in Homestay. Nama homestay ktorg tu Abadi Bandar Warisan Homestay. Tapi jangan tertipu please, masa ktorg usha dalam internet dia cakap homestay nie ada kolam renang segala bagai, macam apartment taw. Tapi bile sampai sana rupenye rumahnya bukan apartment, tapi tanah lot dan takde pon kolam renang nya. *smiley ketawa air mata*. Hahahahaha. Bilek ada 2 and ada aircond. Owner nya melayu, so okay ar kan. Rate plak masa ktorg gi nie weekend and public holiday, so agak mahal la. RM220/night. Disebabkan ktorg duduk 2 malam so total RM440, tapi owner bagi RM400 je. Fuhh nasib baik. Hehe.

Nie dari luar homestay nya.
Bahagian dapur
Ruang tamu
Shower
Petang tu ktorg rehat kat rumah dan kuar gi Ikan Bakar Umbai. Ramai gile weh org kat sana. Makanan dia bagi aku okay ar gak. Maybe aku bukan peminat ikan bakar so aku rasa boleh la sedap gak. Dia ada banyak kedai kat sana, so kena pandai pilih nak yang mana.




Lepas makan kat Ikan Bakar Umbai, ktorg pergi ke River Cruise Melaka. Okay kalau nak naik Cruise Melaka nie, dia ada 2 point. Satu kat Muara Jeti. Satu lagi kat Taman Rempah Jeti. Disebabkan kesuntukan masa, ktorg tengok yang paling dekat ngan ktorg point Taman Rempah Jeti. Sampai je sana Ya tuhan ramainya orang, nak beratur beli tiket lagi. Nak naik cruise nya lagi. Memang letih gile. Elok-elok excited nak naik semua benda tu terus rasa cam takde mood sebabkan penat menunggu. Masa kau banyak bazir untuk menunggu je sebab ramai gile org. Okay bagi aku naik cruise nie boleh la, dapat tengok pemandangan belakang-belakang hotel yang penuh seni tu, then pemandangan kat Bandar Melaka yang dekat ngan sungai tu la senang cte. Kalau rasa taknak membazir, kau duduk hotel kat Bandar Melaka dan jalan sendiri kat lorong dekat sungai tu, lagi berbaloi, boleh berhenti amik gambar lagi. Tapi tu pon kalau larat la. Haha. Kalau tak larat kau naik jelah cruise nie. Le tengok semua sekali tanpa berjalan.

Muka penat lama tunggu kat Cruise Melaka *smiley ketawa nangis*

25 December 2015 - Hari kedua, ktorg ke Bandar Melaka. Sampai je Bandar Melaka lagi la jem gile. Ramai kot orang. Memang taubat la nak gi bercuti time public lagi. Kalau nak pergi time weekdays jlah. Apply jelah cuti. Lagipon takde budak kecik n anak sekolah kan. Lagi senang. Okay sambung balek, first ktorg naik Menara Taming Sari. Bagi aku best sebenarnya naik Menara Taming Sari nie, kau akan nampak semua pemandangan Bandar Melaka dari atas tu dan Selat Melaka sekali. Tapi the ticket price is a bit expensive for 8 minutes la RM20/person. Memang nak jalan kat Melaka nie kau kena standby duit je sebab semua benda yang kau nak buat, semua pakai duit. Haa, kalau nak tawu ada satu cococut shake kat luar Menara Taming Sari tu serious sedap. Memang suggestionkan untuk rasa, memang sedap. 
Lepas tu ktorg naik beca pergi ke A Famosa. Naik beca untuk 15 minit RM40 tak silap. Tips naik beca, jangan berhenti kat satu tempat tu lelame, sebab dia kira masa even kau turun dan waktu dorg menunggu tu. Dorg charged bukan per tempat kau pergi. Tapi masa. Macam haritu ktorg berhenti kat A Famosa tu lebih dari 15 minit, so dorg nak charged tambahan taw, tapi ktorg buat tak tawu je. Sorry. Haa berbalek pada bangunan A Famosa, tu pon tinggal satu tu je. Memang unik. Dan ktorg panjat tangga naik ke Bukit St Paul. Mengah mak oii. Kat atas bukit tu just tinggal batu-batu nisan agaknya dalam bangunan tu. Haha. 

Pemandangan dari Menara Taming Sari


A Famosa








Ni coconut shake yang ayah makan kat depan Menara Taming Sari nie.

Lepas tu ktorg gi makan kat dalam bangunan depan Muzium Samudera tu. Ada satu kedai makan tingkat 2, dekat dengan tangga memang sedap lauk tengarinya. Lepas makan, aku gi Muzium Samudera plak. Harga masuk RM5/person. Dalam tu banyak cerita-cerita pasal sejarah dulu. Kalau rajin bacalah, kalau tak rajin sewa mp3 untuk dengar sejarah-sejarah tu kat tempat-tempat yang disediakan.






Malam plak ktorg pergi Zoo Melaka. Kalau malam lebih dikenali sebagai Night Safari Melaka. Tapi bagi aku agak menyesal la masuk malam, sebab tak nampak ape weh. Plus haiwan semua tidur. Memang free-free je  burn tiket *ketawa nangis lagi*. Tak dinafikan tiket memang murah dalam RM18.50 tak silap, tapi memang rugi la. Kalau nak, pergi jelah time siang, lagi puas hati.





26 December 2015 - Hari last kat Melaka, ktorg gi Jonker Walk. Bagi aku tempat tu sangat unik dan ada kelas dia yang tersendiri. Senang cite org selalu cakap yang mulakan benda pelik-pelik dari sini la Jonker Walk nie. Dan yang aku nampak mostly org cina la yang meniaga kat sini. So bile tengok ada makanan sedap-sedap tu agak was-was la nak beli sebab cina yang jual. Tak nampak langsung org melayu meniaga makanan. 





Dan akhir sekali tempat yang ktorg pergi adalah Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Tak best la kalau datang Melaka tak makan asam pedas kan. Memang sedap asam pedas claypot nie. Very recommend. Rugi kalau tak cuba. Okay, itu sahaja untuk kali ini. Meh belanje gambar tambahan sikit. Bye-bye :D




------------------------------------------------------

























1 comment: