Monday, July 4, 2016

Tarbiah sentap

Kau bayangkan kau kat dalam satu tempat yang gelap, kau terkurung didalam keadaan yang sempit kat situ tanpa mampu berbuat apa². Yang kau akan rasakan adalah betapa panasnya tempat itu lebih dari yang kau rasa sekarang nie. Yang mana kau hanya mampu terbaring dan selepas itu kau tak boleh buat apa² pilihan melainkan kau akan dapat dengan apa yang pernah kau kerjakan. Kau tak boleh merayu memohon keampunan. Kau tak boleh bersujud lagi untuk memohon kau diberi peluang. Tidak. Tidak sama sekali. Yang tinggal hanya penyesalan yang mana kau hanya mensia² kan masa yang pernah kau dapat dulu dengan melakukan perkara yang sia². Mengejar dunia tah kemana. Sedangkan kau lupa hanya akhirat yang abadi. Tak takutkah kau dengan neraka? Tak takutkah kau yang kau akan menghuninya? Nauzubillahminzalik. Hindarilah kami dari neraka Mu Ya Allah. Tak terfikir dek akal betapa azabnya neraka Mu. Sedangkan panas di dunia sudah tak tertahan resah gelisah mahukan aircond dan sejuk. Inikan pula di alam akhirat yang mana kita tiada itu semua. Yang ada hanya amalan kita untuk membantu kita untuk berada dimana. Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Kau kejar glamour. Kau kejar dunia tak kemana. Kau mahu org kenal kau sedangkan apa yang kau buat hanya sia². Dunia pon dah tua. Dan mungkin masa kita pon dah tak lama.

No comments:

Post a Comment