Saturday, November 26, 2016

Bercuti di Pulau Tioman

Pada 7 Oct - 9 Oct 2016 haritu aku pergi ke Pulau Tioman dengan geng-geng Poli aku. After 2 years tak jumpe dorg finally we meet again on this vacation. Actually ktorg should be ada 6 orang yang join, tapi lagi sorg last minute tak dapat join sebab ada hal. Huhu sedih. Takpe la yang penting kami berlima sangat enjoy with this vacation even macam-macam dugaan yang berlaku. Haha. Okay, Lepas nie aku akan ceritakan serba sedikit tentang percutian ktorg dan tips-tips nak ke sana ;)

6 October 2016 - Malam tu aku, Ombak, Eca and Sue berkumpul kat BTS and bas ktorg ke Terminal Mersing pukul 11pm. Perjalanan ke Terminal Mersing lebih kurang makan 6 jam. Ktorg sampai Terminal Mersing masa tu dalam pukul 5.15am @ 7 Oct. Okay, tips untuk yang nak ke Tioman naik bas. Please make sure korg check feri tempat korg nak amik tu ada pukul bape. Sebab ktorg main redah je masa nie. Tak plan proper. Ktorg nak amik feri dekat Mersing, ingatkan feri ada pukul 6.30am, tapi tak. Rupanya feri da lepas pukul 4.30am tadi sebab masalah air. Feri Mersing memang selalu awal atau tak jalan langsung disebabkan masalah air surut. So ramai yang nak ke Tioman akan naik feri kat Tanjung Gemok sebab kat sana ada feri pukul 9am, 10am and seterusnya. Nasib baik masa ktorg nak jalan ke feri Mersing nie ada pacik nie panggil ktorg and bagitawu, kalau tak ktorg da blur da pagi-pagi tu tak tawu nak buat ape. 
Pacik tu cakap, kalau nak ke Tioman kena amik feri kat Tanjung Gemok. Kalau nak ke sana tunggu la pukul 7am nanti tengok bas mana yang nak jalan ke sana. So ktorg pon duduk la borak-borak kat Terminal Mersing tu dari pukul 5am sampai 7am. Haha. Serious pengalaman kot pagi-pagi buta duduk kat stesen bas. Nasib baik ada pacik n wife dia tu pon nak ke Tioman, so ade la informer. Kalau tak, haru jugak la tak dapat nak g Tioman sebab takde feri dah ke Tioman dari Mersing haritu.
So untuk yang nak ke Tioman, korg kena make sure and check jadual feri yang jalan masa tu. Tioman nie tak macam pulau-pulau lain yang feri always jalan and ada. Tapi Tioman nie tengok air. Kalau air pasang, baru feri jalan. Kalau tak, korg kena amik feri waktu lain la. Cemane nak dapatkan jadual? Korg mesti booking bilik dulu before pergi kan? So korg booking sekali tiket feri and mintak jadual dari dorg. Nanti dorg akan bagi jadual and korg pilih la nak naik pukul bape or waktu yang chalet korg da tetapkan. Jangan sesekali beli tiket feri last minute cam ktorg. Haha. Ktorg kre bernasib baik dan rezeki dapat tiket tu. Sebab org kaunter feri tu cakap dorg tak berani jual tiket direct sebab ramai sangat org. Dorg lebih prefer booking dulu.


Naik bas pon macam naik flight taw. Maju BTS skrg :D



7 October 2016 - Pukul 7am tu kebetulan ada satu bas nie nak jalan, tapi bukan ke tempat ktorg nak pergi. Tapi pacik bas nie sudi tumpangkan ktorg ke stesen bas & teksi kat Tanjung Gemok. Jarak dari Tanjung Gemok ke Mersing setengah jam je. And kiri kanan tu hutan saja. Da la pagi-pagi naik bas lama tingkap terbukak tu. Sejuk wehhh. Haha. Sampai je bus stand Tanjung Gemok, ktorg naik teksi ke feri Tanjung Gemok. 5 minit je weh dari situ kalau naik keta. Kalau jalan kaki jauh gak la nak jalan. Haha.
Sampai je kat feri, kaunter feri tak bukak lagi. Tapi ada org kat situ cakap ada 2 je kaunter bukak time tu. Lagi la ktorg cuak. Sebab org tu cakap lagi, yang ada satu kaunter tu tak buat service ke Kg Salang, dia buat sampai Kg Tekek je. Kg Tekek nie tengah-tengah and paling banyak kemudahan. Kira macam bandar kat Tioman la.
Lagi satu kaunter nie Gemilang/Bluewater, haa finally ktorg dapat beli tiket kat sini. Ktorg duduk je depan kaunter tu sampai dorg bukak. Haha. Takut tiket habes punye pasal. Tu la, lain kali jangan main redah je. Survey bebetul. Tak pepasal je. Haha. Oh btw, harga tiket pergi balik RM70 je. Tu kre standart harga la.

Part nak naik feri nie pon lemah gak, ktrorg sepatutnya naik feri pukul 12.30pm kot, tapi ada masalah ape tah, delay sampai 1jam lebih. Serious penat gile. Okay, nak naik feri ke Tioman nie, dorg akan bagi korg pass berwarna taw. Bila dorg panggil warna tu baru korg boleh naik. Kalau ungu, ungu la naik, jangan memandai warna pink nak naik lak. Nanti tak pepasal korg ke kampung lain. Haha.
Dekat pukul 2 jugak la baru dapat naik feri. Perjalanan dari Tanjung Gemok Kg Salang masa nie 3 jam. Da la Salang nie kampung terakhir antara kampung2 lain. Serious penat. Tapi berbaloi I tell u. Sebab sangat cantik airnya.
Sampai je Kg Salang, hilang penat. Serious air dia sangat jernih and cantik gile. Ikan pon warna warni weh. Pasir dia halus, tapi tak la secantik pasir kat Pulau Redang, tapi air dia sangat cantik.

Petang tu lepas da bersihkan diri ape semua, ktorg carik makan and service untuk snorkeling. Untuk bilik ktorg amik Salang Indah Resort. Masa nie yang buat booking semua Eca, so aku tawu bayar and dapat tidur tu je. Haha. Bilik ktorg untuk 5 orang and katil double decker 1 and queen 1. So cukup 5 orang untuk tidur. Untuk makan, kat Kg Salang nie korg jangan risau sebab ada beberapa kedai makan seafood yang korg boleh pilih and tak perlu amik under pakej ngan bilik pon. Sebab serious worth it untuk korg rasa masakan kat setiap kedai seafood tu. Untuk haritu first ktorg makan kat Salang Indah tu jugak. Sedap pon sedap. Disebabkan nak saving, ktorg makan pilih yang berlauk, bukan yang nasi goreng ke mee goreng tu semua. Bila amik berlauk camnie, memang saving.

Untuk snorkeling, ktorg amik service dari Paklong Chalet 0139866262 (Cik Rose), layanan macik nie bagi memang sporting. Dia nya kedai betul-betul dekat laluan masuk jeti tu. Kalau nak book chalet pon boleh gak, sebab macik nie ada chalet. Okay, masa nie Cik Rose nie offer ktorg 5 pulau RM70. Aku lupa pulau ape je yang di offer. Tapi yang ktorg sempat pergi 4 pulau je sebab tak cukup masa. Masa amik service snorkeling ngan macik nie, senang je nak deal. Ktorg bagi deposit RM50, pastu bayaran full masa ktorg pulangkan life jacket tu semua.


7/10 @ 5.15am at Terminal Mersing.

Old school bus ^^

While waiting for the ferry

Our tired face --'

Arrive Kg Salang ^^






  

Kat sini banyak gila kucing. Da macam pulau kucing :D


Next target --- Diving

Our first meal at Kg Salang ^^


Beli souvenir sikit




8 October 2016 - Pagi-pagi ktorg da breakfast ala-ala mat saleh kat Salang Indah tu. Haha. Sebab nasi lemak takde org jual lagi. Kedai yang jual roti canai ngan nasi lemak plak tak bukak time tu. So terpaksa makan apa yang ada jelah. Pukul 9am ktorg dah pergi naik bot nak ke Marine Park. Kat Marine Park 1 jam. Then ktorg pergi ke Monkey Bay tak silap, tempat nie memang cantik, bot benti kat tengah-tengah untuk korg snorkeling, tapi takde rezeki nak turun sebab masa nie group yang naik bot ngan ktorg tertinggal bag kat Marine Park, so terpaksa patah balik dari Monkey Bay ke Marine Park. So tips untuk korg, hati-hati dengan barang yang korg bawak, sebab budak yang bawak bot tu cakap, group tu bernasib baik bag tu masih ada kat jeti tu, sebab kat Tioman nie ramai yang panjang tangan sikit. Asal leka sikit habes la barang korg. Enjoy, enjoy gak, tapi berwaspada la. Bayangkan kalau ktorg patah balik then bag tu dah takde? Da la phone, go pro, wallet, kunci semua dalam tu. Kalau hilang? Menangis tak sudah. So sebagai tanda mintak maaf, group tu belanje beach boy and ktorg makan tengahari kat Kg Tekek.

Act, lepas ke Monkey Bay tu memang ktorg nak ke Kg Tekek untuk makan tengahari. Untuk korg yang nak ke tempat banyak kemudahan, sini la tempatnya. Tapi serious air dia tak secantik Kg Salang, sebab Kg Tekek nie da macam bandar untuk Tioman, kereta motor lalu lalang tu perkara biasa. So cam kurang best sikit. Bagi aku percutian ke pulau tu, kte nak suasana yang tenang tanpa bunyi-bunyi tu semua. Tapi Kg Tekak tak. And beach boy & girl tu cakap kalau org Kg Tekek nak mandi pantai, dorg pergi ke Marine Park. Marine Park tu airnya tak secantik Kg Salang. Tu pendapat aku la. Tapi still jernih. And Kg Tekek nie ada klinik, sekolah. So kau org le bayangkan la tempat tu cemane en kalau siap ada sekolah and klinik bagai.

Lepas makan kat Kg Tekek, ktorg pergi Shark Point. Sini air dia cantik jugak and jernih gile. Kat sini dorg benti tengah-tengah gak and korg kena turun snorkeling. Serious banyak gile ikan cantik-cantik and batu karang tu semua sangat cantik. Worth it la pergi Tioman nie sebab air cantik. And Tioman nie salah satu tarikan ramai pelancong luar. Lepas snorkeling kat Shark Point, ktorg balik chalet and aku, Ombak & Eca sambung snorkeling kat depan chalet plak sampai pukul 6 petang. Haha. Serious best. Habes kembang kaki tangan semua berendam lama sangat. Hitam tu takyah cakap la, memang hitam la jadinya. Haha. Ramai cakap, air kat Kg Salang paling cantik. And I admit it. Kt sini, tempat cetek pon kau da le nampak ikan yang cantik-cantik sebab banyak batu taw kat sini. So tempat yang banyak batu tu memang ikan banyak la sebab dorg nak makan. Kau takyah gi tempat dalam-dalam pon takpe. Macam-macam ikan berwarna warni ada kat sini, landak laut pon ada taw.

Malam tu ktorg makan kat Mini White House, kedai nie kedalam sikit lepas pondok polis. Sebelum tu ktorg ada tanye Cik Rose tu kat Salang nie seafood mana yang sedap then dia recommendkan Mini White House nie. Masakan dia serious sedap, and aku recommend kan ikan bakar dia, sebab air asam dia serious sedap gile. Ktorg makan 4 lauk malam tu, semuanya RM76 camtu. Serious puas hati.


Tip: Kalau korg nak bagi ikan makan roti, letak dalam botol dan lubangkan sikitII, at least roti tu tak habes cepat dan ikan ada kat korg pon lama ^^



Bagi makan ikan jeke kak? Hehe

Ini kat depan chalet

Kat depan chalet



Kat depan chalet

Kat depan chalet


Landak laut jumpa kat depan chalet

At Marine Park

At Marine Park





Our beach boy & girl ^^ They are so sporting :D


Having our lunch at Kg Tekek

Serious tomyam dia sedap dan banyak isi :P


Kat Kg Tekek nie ada mesin ATM, Klinik, Sekolah, dan macamII kemudahan la

Having our dinner on last day at Mini White House



JalanII malam last :D


9 October 2016 - Masa untuk check out and balik. Untuk korg yang stay kat Salang Indah Resort nie, aku sarankan JANGAN sewa iron dia, sebab kalau kau nak sewa, kau kena letak deposit RM20 masa sewa tu, dan kalau korg check out awal pagi sebab nak kejar feri pukul 9am, jangan harap la korg akan dapat balik duit deposit korg sebab kaunter Salang Indah tu tak bukak pon. Dorg bukak pukul 10 lebih tak silap. Tapi feri korg nak jalan dah pukul 9 (tu kalau korg amik feri awal pagi la). Eca masa tu sewa iron, terpaksa pasrah jelah tak dapat duit balik. Ktorg ada cakap dengan kedai makan Salang Indah tu, tapi dorg cakap dorg tak le bagi duit nya sebab lain-lain kaunter. Sabor jelah --"

Okay, masa nak balik perjalanan feri dalam 2 jam lebih je. Sekejap. Tak macam masa pergi. Tapi dalam hati da risau gak untuk balik nie, cemane la nasib ktorg. Tawu sebab ape? Sebab ktorg nak balik naik flight kat Senai. Korg tawu jauh Senai dari Tioman bape lama? 3 jam lebih babe. Gila jauh. Da macam jarak aku dari KL ke Tioman je. HAHAHA. Nie pon salah satu silap ktorg tak survey. Main redah je beli tiket flight sebab kononnya murah time tu dan sebab bas da full. Dan lagi satu silap ktorg, ktorg tak beli tiket bas dari Tioman ke Senai --" (What The..) So masa da sampai kat jeti Tanjung Gemok tu, ktorg jalan kaki dari jeti ke tempat bas Tanjung Gemok. Weh, masa naik keta haritu rasa cam dekat je. Sekali jalan kaki dengan panas nya, beg beratnya, bapak jauh siott. Tak guna tol. HAHAHA.

Da sampai bus stand Tanjung Gemok, pacik situ cakap bas ke Terminal Mersing ada pukul 2.30 camtu. Weh, kalau betul bas sampai pukul 2.30, sampai Terminal Mersing mesti pukul 3.15 camtu la cincai pon. Lepas tu baru nak carik bas ke Senai lagi. Kalau buatnya bas ke Senai ada pukul 5 ke 7 ke. Sempat plak nak naik flight? Flight da la pukul 10. Risau kot. Lepas tu tah cemane ada sorg pacik teksi nie dia tanye ktorg pasal situasi ktorg sume, then dia offer nak hantar ktorg sampai Senai, tapi banyak jugak la duit kuar. HAHA. Act ada 2 org pacik yang offer, yang lagi satu sampai Terminal Mersing je. Tapi tak tawu nape rasa cam tak le masuk ngan pacik tu. Tapi pacik yang offer hantar ke Senai nie, terus ktorg okay. Maybe aura pacik tu baik kot. HAHA. Alhamdulillah selamat sampai Senai jugak pukul 4 lebih. Lega wehhh dapat sampai Airport Senai. Takde la risau tak dapat balik KL hari tu. HAHA.

So kesimpulannya, kalau korg nak ke Tioman naik public transport. Naik jelah bas. Tak payah terpedaya dengan Air Asia yang tengah buat promosi dari Senai ke KL ke ape ke sebab ia lagi membazir dari naik bas. Seriously. Malam tu sampai KL, nasib baik la my fiancee jemput. Kalau tak tidur kat airport la aku. HAHA.

Nie la bilik ktorg, Nak balik baru dan amik gambar :D



Having our breakfast on last day at this stall. Sangat sedap.

Roti canai pacik nie pon sedap.





Kalau nak beli souvenir, better beli kat Jeti Tanjung Gemok kedai tepi nie. Sebab lagi murah dari kat pulau. Pulau mahal wehhh.

Jalan kaki dari jeti ke bus stand Tanjung Gemok. Penat weh. HAHA.

Finally sampai Senai Airport ^^

Lepak lu sementara tunggu flight :D

Last from us. Lot of love <3 

Insyaallah, will come again ^^

No comments:

Post a Comment