Sunday, December 25, 2016

Bila aku lihat gambar graduation aku, aku tertanya², bila aku grad aku sepatutnya jadi ape lepas tu?
Apa yang kau nak banggakan lepas kau dah habes belajar?
Jadi penganggur terhormat? Berniaga? Makan gaji? Atau ketua dan pekerja yang baik?
Aku skrg bekerja disyarikat sama bidang dengan apa yang aku belajar. Tapi bila aku bekerja, aku sedar banyak yang aku tak tawu lagi. Kadang² bila org tanya, apa yang kau belajar dulu kat Poli yang kau boleh implement kat sini? Aku terdiam. Sebab aku tak tawu. Ibarat macam selama nie aku g belajar tu untuk aku lepas dan berjaya dalam exam je. Lepas tu hilang. Ilmu tu semua hilang. Malu weh. Terasa kerdil gila.
Kau grad dan kau bangga. Tapi satu ilmu pon tak lekat dalam kepala dan diri kau. Itu yang kau banggakan?
Aku da kerja hampir dua tahun. Dalam dua tahun nie macam² yang aku belajar. Macam² tekanan yang aku hadapi dari customer, vendor, internal. Tapi skrg, aku da rasa hampir give up. Aku da hampir give up dengan kejayaan yang hampir mendekati aku. Tapi bila aku fikirkan balik, kenapa aku tak cuba bawak hati aku bekerja sekali macam yang aku buat sebelum nie sampai aku boleh bertahan untuk dua tahun jagung nie.
Bila kau takde hati, kau akan rasa give up dan mengalah macam tu je. Sebab yang buat kerja tu bukan diri kau, tapi atas sebab rasa terpaksa.
Bila berkerja kau kena ikhlas, dan enjoy, baru kau boleh buat kerja dengan baik dan tenang. Masalah² yang kau hadapi pon kau le settlekan dengan tenang dan happy.
Sabar, tu je aku nak pesan. Jangan mengalah selagi kau tak dapat apa yang kau nak. Banyak lagi benda yang kau boleh belajar bila kau bersabar.

No comments:

Post a Comment