Sunday, March 26, 2017

Andai kita tahu bila saat kematian seseorang tu, pasti kita akan berbuat baik dengan dia agar kita tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi. Cara kita layan dia. Cara kita bercakap dengan dia. Semua tu cukup baik ke semasa hayat dia? Mesti tak bukan? Kalau cukup baik pon, kau dah takkan rasa ralat dan menyesal. Tapi bagi yang tak sempat berbuat baik, mesti akan rasa menyesal ya amat. Masa tu la fikir 'andai masa boleh diundur, mesti aku akan layan dia dengan lebih baik lagi'. Sebab itu, kita patut hargai setiap saat yang kita ada dengan org yang kita sayang. Jangan sesekali lukakan hati mereka. Sebab bila kau tak sempat nak minta maaf, yang tinggal hanyalah sebuah penyesalan yang panjang.

No comments:

Post a Comment