Saturday, August 6, 2022

SEDEKAH

Sejak aku dengar ceramah Ustaz Wadi tentang sedekah tu aku cuba buat macam yang dia suggestkan which is try bersedekah setiap hari walaupon rm1. Kamu akan dapati hidup kamu sangat lain apabila bersedekah. 

Jadi aku cuba. Bulan lepas aku start everyday aku bersedekah. Alhamdulillah memang rezeki tu masuk tak disangka². Bayangkan aku kat kedai nie tergerak nak beli tepung, tapi aku cakap balik dalam hati, nanti la beli esok lusa ke sebab ada lagi sikit. Then balik rumah tu roza cakap customer dia ada bagi tepung dan gula kat dia. Masyaallah. Subhanallah. Rezeki betul. Aku baru terfikir tapi Allah dah makbulkan. 

Seminggu tu memang aku nampak hari² ada je benda roza bawak balik dari customer, dapat kuih, dapat mee celup, macam². Subhanallah. Beza betul. Memang rezeki yang tak disangka. Cuma niat kita bersedekah adalah kerana Allah. Jangan harapkan balasan. Kalau dapat tu rezeki. Niat kena betul. Dan Ustaz tu cakap kalau kita sedekah sikit jangan la harapkan ganjaran yang besar sebab besar sedekah besar lah ganjarannya. Cuma kena betulkan niat. Jangan salah. 

Dan sejak dari tu jugak aku perasan alhamdulillah anak² sehat je. Mmg takda sakit. Bayangkan ktorg baru balik dari rumah tokpa tokma dorg hari ahad. Then selasa tu dapat tawu cousin dorg kena influenza then dorg tanya anak² aku okay ke sebab ktorg baru jumpa kan ahad tu. Alhamdulillah Allah bagi rezeki nikmat sihat. Dorg sihat takda pape. Tu rezeki yang paling nikmat yang paling besar yang Allah beri. Syukur. 

Jadi cubalah. Bersedekah setiap hari atas kemampuan kita. Kau akan rasa kelainan pada hari² kau. Dan jangan lupa tunaikan zakat pendapatan dan lain² jika sudah layak. Sebab dalam duit kita nie bukan semua hak kita. Ada hak orang lain yang kita perlu agihkan. Nanti kat akhirat nanti Allah akan tanya kemane kita habiskan duit kita masa kat dunia. Jadi bersedekah dan tunaikan la zakat 😊🌹

No comments:

Post a Comment