Kebelakangan ini aku sering tertanya-tanya, benarkah perkahwinan merupakan suatu perjudian? Yang mana siapa yang memasuki gerbangnya akan merasa merana dan tidak bahagia? Kita sering digembar gemburkan dengan perkhabaran indahnya alam perkahwinan tambahan pula yang berkahwin dalam usia yang muda. Tapi kenapa masih ada yang menderita? Itulah dia asam garam kehidupan. Perkahwinan sangat indah jika kau tahu mengemudinya. Kerana yang membuatkan ia karam juga si pengemudinya. Hm... aku belum pernah berkahwin. Tetapi aku bercerita berdasarkan pengalaman disekeliling aku. Yang mana kawan aku sendiri juga telah mendirikan rumah tangga. Seronok ke berkahwin pada usia muda? Da ready ke nak fokus 100% pada suami saja? Tahan ke pada komitmen sebagai seorang isteri dan ibu? Itu yang aku fikirkan. Mungkin sebab itu aku belum berkahwin saat ini. Sebab aku belum bersedia untuk pikul tanggungjawab tu sume. Walaupon dalam hati teringin gak nak kahwin, tapi mungkin belum tiba masanya. So before kahwin nie la boleh enjoy sikit walaupon not so enjoy. Mungkin bukan sekarang, tapi siapa tahu 2 atau 3 tahun dari sekarang aku dah ready. Soal bahagia tak bahagia itu kerja Dia. Kita sebagai manusia cuma mampu berdoa, berusaha dan bertawakal sahaja. Walau apa pun setiap jalan masuk pasti akan ada jalan keluar. Dan jalan keluar itu juga dari Dia. Dan betul ke lelaki sebelum berkahwin berbeza apabila sudah berkahwin? Kadang-kadang aku jadi takut sebab ada orang sendiri pernah beritahu aku, "Lelaki nie bila da kahwin dia lain. Sebelum kahwin ayat manis bunga bagai. Bila da kawin...". Hm entah la. Harapnya cerita perkahwinan kita tak seteruk yang disangka.
No comments:
Post a Comment