Thursday, February 19, 2015

Terasa kehilanganmu TGNA


Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih dimana kita baru sahaja kehilangan seorang ulamak yang disayangi dan disegani oleh semua orang. Pagi tu bila aku sedar dari tidur kawan aku tanya "Weh, Nik Abduh Aziz nie Nik Aziz ke", Aku cakap tu anak dia dan dia cakap "Weh, Nik Aziz da meninggal". Aku tersentak dan terus tanye "Betul ke? Mane kau tawu?". Dan kawan aku tunjukkan ig Heliza yang mengatakan TGNA telah kembali kerahmatullah. Saat itu terus mengalir air mata aku. Senyap. Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku cuma senyap dan mengalirkan air mata. Ya Allah sedihnya. Macam nie ke rasa bila kehilangan seorang ulamak yang disegani. Ya Allah sampai sekarang aku rasa sedih dan sebak setiap kali terbaca kata-kata hikmah dari arwah dan sungguh, ia memang suatu kehilangan yang paling dirasai. Malah malam pertama arwah pergi, aku sampai termimpi-mimpikan arwah. Walaupon arwah bukan ada hubungan kekeluargaan dengan aku, tapi ia cukup membuat aku rasa sedih. Dan sesungguhnya apa yang beliau buat sepanjang hidupnya semua menjurus kepada hari akhirat. Dan sesungguhnya kehidupan kita bukan setakat didunia malah akhirat. Malah pada ketika itu aku terfikirkan, macam mana la perasaan sahabat Baginda sewaktu kewafatan Baginda dulu. Pastinya cukup terasa kehilangan. Inikan pula kita hanya manusia biasa. Rindunya kat TGNA, walaupon tak pernah bersua muka, tapi aku pasti akan ingat kenangan bergambar dihadapan rumah TGNA sewaktu aku kecil dahulu. Mungkin memang bukan rezeki aku, sebab masa tu memang ayah nak sangat berjumpa dengan TGNA, tapi beliau takde waktu tu, dan hanya dapat bergambar didepan rumah sahaja. Rumahnya cukup sederhana dan nampak sangat tenang. Semoga TGNA ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Amin. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment