Saturday, April 16, 2016

Selamat tinggal Hanis

15/08/15 - Tak silap harinie last day raya. Malam tu dalam pukul 2 pagi, eca call aku. Aku tak angkat memula sbb da tdow kan. Then baru aku sedar, aku jawab la call dia. Dia tanye aku ade nombor baen (abg anis), atau kakak anis tak. Dia tanye dalam nada cemas taw. Aku cakap takde. Sbb memang aku takde save nombor abg dia. Tp aku tak ingat yang aku pernah save nombor kakak dia. Then dia kata takpe la. Aku pon takde la tanye pape then sambung tdow.
Esok pagi tu aku on whatsapp banyak gile mesej dan masa tu memang jantung aku berderau sebab eca bagitawu yang anis accident dan dalam keadaan kritikal. Ya Allah, masa tu aku panik, tak tawu nak buat ape. Aku call eca tanye pasal anis, tapi dia macam tengah tdow. So aku terus call nombor anis. Kakak dia yang jawab. Then masa aku dapat cakap ngan kakak dia tu, aku terus sebak, aku tanye anis cemane, kakak dia nangis and cakap anis accident teruk dan skrg tengah buat operation. Aku bagitawu mama yg anis accident, mama dah tak senang duduk da. Kalau ikutkan aku nak melawat dia terus masa tu. Tp disebabkan ade kenduri sedara, aku fikir nanti la tengok.
Then petang hari yg sama tu aku cakap ngan mak aku yang aku nak tengok dia kat HKL. Masa tu mak aku pon nak tengok. Bile aku datang HKL lawat dia. Ya Allah rindunya aku kat dia. Sedih sangat sbb dia jadi camtu. Dengan kepala dia berjahit ape semua. Mmg sebak.
Hari ke hari, keadaan anis lebih kurg sama je. Kadang² ade gak update dari kakak dia and eca. Sebab eca rajen lawat anis. Lebih kurg setiap minggu eca lawat anis. Tu yang aku respect kat dia. Macam aku, sepanjang anis sakit cuma 3 kali je aku lawat dia. Tu yg aku kesalkan sangat. Rasa ralat sangat. Sebab terlalu sibuk dan jauh sampai takde masa nak lawat kawan sendiri :'(

Tp masa kali ketiga aku lawat dia, masa tu kat Hospital Seremban. Aku rasa bersyukur sangat sbb dapat jugak aku tengok dia lama² lebih kurg 4 jam. Aku dapat tengok dia bukak mata, dan tangan dia bergerak even dia tak boleh bercakap dan bergerak sepenuhnya. Aku borak² ngan dia. Aku peluk dia. Ya Allah rindu sangat. Mmg rindu sangat nak peluk dia. Masa tu dia asik pandang mama je. Agaknya dia rindu kat mama kot. Dan masa nak balek tu kakak dia tegur anis cakap jangan lah nangis, masa tu rasa sebak gile. Dan itu merupakan kali terakhir aku nampak dia semasa dia masih bernafas.
Sungguh, memang aku rasa terseksa, dan rindu yang amat masa dia dalam keadaan separuh sedar tu sebab aku baru dapat contact dia balek. Baru nak okay. Tetibe dapat berita camnie. Mmg kau rasa macam kau rindukan someone tu yang sebenarnya dia masih ada tapi seperti dah takde sebab dia tak boleh bergerak, bercakap. Sedih weh. Hanya tuhan yang tahu betapa rindunya kat dia. Sebab dia penghibur dikala kte sunyi, sedih dan always bagi nasihat utk kuatkan kte even dia sendiri sometimes rasa tak kuat :'( Dan dia bukan yang jenis suka hiburkan org yg rapat ngan dia je. Dia nie ramah taw orgnya. Dia suka bagi nasihat kat org even dia baru dapat ngan org tu. Sebab tu org sangat senang dengan dia.
22/01/16 - Anis pergi buat selamanya. Saat nie hanya Allah yang tahu betapa sebaknya rasa hati bile kite kehilangan kawan yang paling kte sayang. Dan waktu ini memang aku diuji dari segi fizikal dan mental secara bertubi². Alhamdulillah tuhan masih sayangkan aku :') Sehari sebelum anis pergi, aku menangis pasal kerja. Aku tidur lewat. Dan esoknya masuk office sejam awal. Memang badan aku letih sangat disebabkan aku menangis. Pagi tu aku menangis pasal kerja lagi. Dan waktu tu aku baru nak gelak² happy² tetibe akak office aku dapat call dari adik dia cakap yang anis dah takde. Masa aku dapat berita tu aku terus terduduk dan menangis. Masa tu aku terus capai fon dan on whatsapp. Bile aku baca rupenye eca da inform yg anis da nazak pukul 10 lebih camtu. Dan eca da nak otw ke HKL. Tapi masa eca dalam perjalanan dan nak sampai ke HKL dapat berita yang anis dah takde. Allah. Aku masa tu macam lost, sebab kerja aku terlalu banyak masa tu, dan dalam masa yang sama aku nak tengok anis. Alhamdulillah manager n superior aku memahami, dorg terus bagi aku EL half day. Masa tu superior aku cakap 'sabar, ini yang terbaik untuk dia dari tengok dia terseksa camtu kan'. :'(
Disebabkan aku penat waktu tu, angah yang drive sampai Jelebu. Jenazah dimandikan dan dikapankan kat HKL dan akan dikebumikan kat kampung Jelebu. Masa sampai je kat kg Jelebu tu, aku nampak rumah arwah mak anis yang ktorg pernah datang dulu sebab nak amik buah rambutan dan manggis. Terus teringat kenangan masa tu. Dan bile aku nampak kawasan kubur, ade org tengah gali kubur. Dan memang tak lain tak bukan, tu tempat terakhir anis.

Masa arwah sampai kat masjid, mama terus pergi kat van sebab mama memang nak sangat jumpe arwah anis. Masa kain kapan muka arwah dibukak, aku terbau wangi, tapi bukan bau kapur barus. Aku tak pasti la tu betul bau dari arwah atau bukan. Tapi muka arwah memang dalam keadaan senyum. Masa cium pipi dia, memang rasa badan arwah da susut sangat sbb da lebih 5 bulan dia camtu.
Maghrib camtu kebumi pon selesai. Alhamdulillah. Settle semuanya. Arwah dikebumikan bersebelahan arwah maknya. Aku rasa arwah mmg sgt rindukan arwah maknya. Sebab kakchiq pernah cte sepanjang anis terlantar kat hospital, kakchiq banyak kali mimpikan dia. Salah satunya anis cakap dia rindukan mak dia sangat². Masa aku dapat tawu tu aku memang da tak sedap hati. Dan malam sebelum anis meninggal tu kakchiq update nama anis kat wechat. Dia kata tak tawu la kenapa dia rasa rindu sangat and sebut nama anis malam tu. Takpe la, org yang baik memang selalu akan pergi dulu. Tuhan pinjam kan dia sekejap kat kite untuk gembirakan kita. Dan ia juga sebagai pengajaran untuk kite lebih pandai menghargai seseorang tu.
Mula² agak susah nak lupakan arwah. Kenangan ngan dia semuanya bermain² kat kepala. Lagi² dia pernah duduk sekali ngan aku kat rumah nie. So kadang² terngiang² kelakuan dia dan tingkahlaku dia dulu. Rindu sangat. Kadang² tu waktu tengah drive pon air mata tetibe turun sebabkan rindu. Memang terasa sangat sbb kalau dulu boleh kata tiap hari mesti whatsapp dan aku selalu akan mulakan camnie, 'nis' atau 'anis'. Then dia mesti akan reply dan borak². Lepas nie dah takde dah org yg sudi layan kerenah aku yg memang suke gile whatsapp dia and reply tweet dia. Serious, since dia accident aku takde kawan yang aku suka whatsapp yang seolah² korg borak berdepan. Takde. Semoga kau diletakkan dikalangan org yang beriman anis.

No comments:

Post a Comment